Utusan Online - Timur |
- Rasai pengalaman hidup di Politeknik
- 10 pelajar berentap pada Brain Bee Championship
- MAIDAM taja pelajar ke Jordan
Rasai pengalaman hidup di Politeknik Posted: Rasai pengalaman hidup di PoliteknikOleh YATIMIN ABDULLAH Sebahagian anak yatim dari Taman Sabariah yang menyertai Program Permata Hatiku di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. KOTA BHARU 3 April - Impian 30 anak yatim dari Taman Sabariah dekat sini untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar institut pendidikan tinggi tercapai menerusi Program Permata Hatiku bertempat di Politeknik Kota Bharu (PKB), baru-baru ini. Program sehari anjuran Jabatan Perdagangan PKB itu bertujuan memberi pendedahan awal serta pengalaman kepada anak-anak yatim berkenaan mengenai kehidupan di kampus. Penyelaras program, Nor Asiah Ab. Ghani berkata, walaupun program tersebut berlangsung agak singkat, namun pihaknya percaya ia bakal memberikan impak yang berguna kepada para peserta. "Selain diberikan pendedahan mengenai proses kehidupan sebagai mahasiswa, para peserta turut dibawa melawat ke dewan kuliah, perpustakaan dan kawasan sekitar PKB bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai cara hidup di kampus. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
10 pelajar berentap pada Brain Bee Championship Posted: 10 pelajar berentap pada Brain Bee ChampionshipKesemua 10 pelajar dari Kelab Neurosains SMSTMFP yang akan menyertai pertandingan 'Brain Bee Championship' di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, baru-baru ini. KOTA BHARU 3 April - Seramai 10 pelajar akan berentap pada pertandingan "International Brain Bee Championship 2012" peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hujung bulan ini. Pemenang akan mewakili negara ke 'International Brain Bee Championship 2012' yang akan diadakan di Cape Town, Afrika Selatan pada Julai depan. Pelajar berkenaan ialah Ahmad Mustaqim Mohd., Haziqah Mohd. Hanapiah, Amar Ahmad Mokhtar, Lutfil Hadi Ahamad Nordin, Hazimi Ismail, Nurul Ain Che Din, Nor Hasnita Mohd. Shukri, Harif Hafizi Noh, Mohd. Afiq Sharif dan Nik Ahmad Danial yang kesemuanya berusia 17 tahun. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Posted: MAIDAM taja pelajar ke JordanWan Harujan Sulaiman (kiri) menyampaikan surat tawaran penajaan kepada Zunairah Nurul Ain Hasnan sambil diperhatikan bapanya, Hasnan Muda di Kampung Duyung Besar, Kuala Terengganu, kelmarin. KUALA TERENGGANU 3 April - Kekurangan wanita sebagai doktor pakar sakit puan di negara ini mendorong Zunairah Nurul Ain Hasnan, 17, untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang itu di Universiti Sains Teknologi Jordan. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek itu yang memperoleh 11 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan itu bakal ke Jordan September ini bagi mengikuti pengajian selama enam tahun. Sepanjang tempoh pengajiannya di sana, anak keenam daripada lapan beradik itu mendapat tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan anggaran kos berjumlah RM400,000. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan