Rabu, 4 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Ustaz’ urus janin

Posted: 03 Apr 2012 01:57 PM PDT

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa, Shanty Nur Shafee, Asmah Rusman, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Gaddafi Musli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan 'memancing' pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang 'ustaz' pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.


Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Lubang sebesar kereta di lantai

Posted: 03 Apr 2012 01:56 PM PDT

HATYAI, SONGKHLA: Lubang sebesar kereta terbentuk di lantai aras B2 Hotel Lee Garden Plaza di Jalan Prachatipat di sini, akibat letupan bom yang menggegarkan bangunan setinggi 33 tingkat menempatkan hotel dan pusat beli-belah, Sabtu lalu.

Tinjaun Harian Metro kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan semalam, mendapati lebih 200 kereta tersadai di aras berkenaan dengan separuh daripadanya musnah sama sekali akibat letupan bom yang dimuatkan dalam sebuah kereta dipercayai Honda Jazz.

Bangkai kenderaan yang diletupkan itu juga dilihat terpelanting ke tingkat tiga aras bawah tanah berdekatan laluan turun ke tingkat itu yang dianggarkan sejauh 30 meter.

Keadaan gelap dan berdebu menyelubungi aras bawah tanah apabila operasi membersihkan tempat letak kereta di situ masih belum dilakukan, selain bekalan elektrik ke seluruh bangunan turut diputuskan.


Kawasan lantai yang berlubang itu terletak betul-betul di bawah restoran makanan segera di bangunan terbabit yang dihubungkan melalui eskalator, malah lantai, siling dan dinding konkrit juga berlubang akibat letupan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan