Isnin, 9 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pastikan gagasan Islam tepati acuan

Posted:

Pastikan gagasan Islam tepati acuan

Pastikan gagasan Islam tepati acuan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my


TUANKU Muhriz Tuanku Munawir menunjukkan Tafsir Al-Quran kepada Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (dua dari kanan) sambil diperhatikan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (kanan sekali), Mohamad Hasan dan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki (kiri) ketika melawat Perpustakaan UAS di Dataran Sentral, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 8 April - Majlis perasmian penubuhan Universiti As-Sofa (UAS) di Dataran Sentral Seremban, dekat sini berlangsung dalam suasana gilang-gemilang malam semalam.

Lebih 3,000 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat serta 15 ulama terkemuka dunia antaranya dari Emiriyah Arab Bersatu, Yemen, Lebanon dan Maghribi hadir pada majlis yang bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam itu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat merasmikan UAS itu.

Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Hadir sama, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.

Dalam titahnya, Tuanku Muhriz yang juga Canselor UAS mahu universiti itu memastikan gagasan Islam yang mahu dibentuknya menepati acuan ajaran Islam yang sebenarnya.

Baginda bertitah, pendekatan pendidikan yang dilaksanakan perlu seimbang dan saksama, yang merangkumi ketiga-tiga dimensi agama yang suci itu iaitu Islam, iman dan ihsan.

"Sebagai sebuah universiti yang berpegang kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti As-Sofa perlu menghayati beberapa ciri, khusus termasuk dipimpin dan dipandu oleh para ulama yang benar-benar menepati pewaris para Anbiya," titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah, universiti itu perlu mempunyai hubungan yang kukuh dengan rangkaian ulama dan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia Islam.

Pada majlis itu, Tuanku Muhriz telah dibawa melawat sekitar bangunan yang akan dijadikan kampus UAS.

Sebelum itu, pada petang semalam, baginda turut berkenan mengurniakan tauliah pelantikan sembilan ulama terkemuka dunia Islam sebagai panel penasihat antarabangsa UAS.

Majlis berlangsung di Istana Hinggap, dekat sini.

TM negeri rugi RM2.2 juta akibat curi kabel

Posted:

TM negeri rugi RM2.2 juta akibat curi kabel

TM negeri rugi RM2.2 juta akibat curi kabel

KUALA PILAH 8 April - Telekom Malaysia Berhad (TM) negeri ini menanggung kerugian kira-kira RM2.2 juta akibat kecurian kabel telefon sepanjang tahun lalu.

Pengurus Besar TM negeri, Salmah Mohammad Taufek berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM2.1 juta pada tahun 2010 dan RM1.1 juta pada 2009.

Beliau berkata, peningkatan kerugian itu dipercayai berpunca daripada kenaikan harga tembaga di pasaran yang telah mencapai RM30 sekilogram.

"Kenaikan ini dipercayai menjadi punca yang mendorong penjenayah menjadikan kabel telefon sebagai sasaran mudah sehingga TM terpaksa menanggung kerugian besar dan perkhidmatan kepada para pelanggan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada mereka yang membantu menggagalkan kes kecurian kabel TM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 31 orang yang terdiri daripada 19 orang anggota polis dari IPD Kuala Pilah, lapan orang anggota TM serta empat orang awam telah menerima sijil penghargaan serta ganjaran wang tunai berjumlah RM3,000 berikutan kejayaan menggagalkan cubaan mencuri kabel TM dalam tiga kes berasingan di daerah ini, baru-baru ini.

Sijil dan ganjaran tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba.

Salmah memberitahu, pihak TM telah melipat gandakan usaha menangani kecurian yang berlaku dengan mengambil langkah proaktif termasuk memasang sistem penggera iWatch pada laluan kabel di seluruh negeri ini.

Sehingga kini, katanya, sistem itu sudah meliputi 80 peratus laluan kabel yang dihubungkan terus ke pusat kawalan setempat bagi memberi amaran kepada anggota TM melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sekiranya terdapat sebarang percubaan mencuri kabel.

"TM turut mendapatkan kerjasama pihak PDRM untuk melakukan rondaan bersama di kawasan panas yang sering dilaporkan berlaku kecurian.

"TM amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu membanteras kes kecurian kabel demi memastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terganggu," tambahnya.

Sebagai insentif, beliau berkata, TM telah menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM1,000 bagi setiap kes yang berjaya diselesaikan sehingga tertangkapnya pencuri kabel TM.

Suspek langgar lari ditahan

Posted:

Suspek langgar lari ditahan

Suspek langgar lari ditahan


KERETA suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol untuk siasatan.


JEMPOL 8 April - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari di Kilometer 2 Jalan Bahau-Juaseh, awal pagi kelmarin.

Suspek berusia 46 tahun itu berjaya dikesan semalam dengan bantuan orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Ketua Polis daerah, Supritendan Muhd. Sabri Muhamad berkata, hasil maklumat tersebut pihaknya telah pergi ke rumah suspek di Mahsan, Bahau dekat sini.

"Kami menemui sebuah kereta Proton Wira yang ditutup dengan kanvas pada bahagian hadapan kereta itu yang diletakkan di sebuah rumah kosong berhadapan kediaman suspek.

"Suspek mengaku dia terlibat dengan kemalangan pada pagi tersebut namun tidak mengetahui dia telah melanggar seorang penunggang motosikal.

"Dia mendakwa ada memberhentikan kenderaannya namun hanya melihat sebuah sebuah motosikal di bahu jalan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi kelmarin, mangsa Hang Chin Peng, 47, yang bekerja sebagai tukang masak maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki RC sedang dalam perjalanan dari Juaseh menuju ke tempat kerjanya di Bahau.

Menurut Muhd. Sabri, hasil siasatan polis, suspek memberitahu dia panik selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

Selepas itu, katanya, suspek terus pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan di klinik akibat sakit di bahagian dada.

"Setelah siasatan pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam di rumahnya, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis daerah dan membuat laporan pada jam 9.30 malam tadi," ujarnya.

Mangsa meninggalkan seorang seorang balu, Kow Poh Choo, 46, serta tiga anak lelaki iaitu, Hang Sheng Fei, 15, Hang Sheng Song, 12, dan Hang Sheng Yen, 9 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan