Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Melaka pusat kesusasteraan Melayu

Posted:

Melaka pusat kesusasteraan Melayu

Melaka pusat kesusasteraan Melayu

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 April - Kerajaan negeri bersedia menunaikan hasrat Gabungan Penulis Nasional (Gapena) untuk menjadikan Melaka sebagai pusat kesusasteraan Melayu dalam peradaban serantau.

Ketua 1 Persatuan Penulis Melaka (Penama), Datuk Othman Mohamad berkata, cadangan Gapena itu adalah keputusan yang tepat memandangkan Melaka pernah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan di rantau ini sebelum ini.

"Dulu Melaka terkenal sebagai pusat kesusasteraan di rantau ini tetapi perkembangannya terbantut dan banyak aktiviti tidak dapat digerakkan.

"Tetapi apabila resolusi mencadangkan Melaka sebagai pusat kesusasteraan Melayu dalam peradaban serantau, inilah masa terbaik untuk kesusasteraan Melayu dapat dikembangkan semula," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai cadangan Gapena dalam 14 resolusi yang dicapai bersama 22 anggota gabungan pada hari Hari Sastera Nasional Ke-15 yang berakhir Ahad lalu.

Othman yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, menjadi hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menjadikan Melaka sebagai pusat perkembangan kesusasteraan.

Katanya, beberapa negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand juga telah menyatakan persetujuan untuk Melaka dipilih sebagai pusat tersebut.

Bagi tujuan itu katanya, satu jawatankuasa yang dianggotai kerajaan negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Penama, Gapena, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP) akan ditubuhkan.

Ujarnya, jawatankuasa itu akan membincangkan beberapa perkara termasuk pejabat yang akan dibuka selain pelbagai aktiviti untuk memartabatkan kesusasteraan di rantau ini.

"Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan Perkampungan Penulis di kawasan seluas empat hektar di Durian Tunggal iaitu berdekatan Perkampungan Artis," katanya.

Universiti As-Sofa laksana wasatiyyah

Posted:

Universiti As-Sofa laksana wasatiyyah

Universiti As-Sofa laksana wasatiyyah

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


KONTRAKTOR menyiapkan kerja-kerja akhir persiapan pemasyhuran Universiti As-Sofa (UAS) yang akan disempurnakan oleh Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di kampus bandar Dataran Sentral, Sabtu ini. - UTUSAN/Abd Razak Aid


SEREMBAN 5 April - Kejayaan Universiti As-Sofa (UAS) yang akan dimasyhurkan penubuhannya di sini, Sabtu ini akan dipacu dengan pelaksanaan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan oleh universiti swasta terbaru itu.

Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki berkata, konsep itu juga bertepatan dengan fahaman ahli sunah yang menjadi pegangan universiti tersebut.

Beliau berkata, konsep wasatiyyah menjadi pilihan kerana sifat dan sikap sederhana adalah tonggak kejayaan serta mampu menolak ekstremisme.

"UAS berhasrat menjadi pelengkap kepada universiti yang ada di negara ini dan kita tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada mana-mana universiti," katanya pada majlis sarapan pagi bersama media massa negeri ini di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Mohamed Radzif Datuk Mohamed Shamsudin dan Pengarah Gerbang As Sofa Sdn. Bhd., Malizan Mahmood.

Majlis itu diadakan menjelang penubuhan UAS pada pukul 8 malam, Sabtu ini di kampus bandar Dataran Sentral, di sini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UAS dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.

Menurut Muhammad Fuad, sebanyak 15 ulama terkemuka dari seluruh dunia telah mengesahkan kehadiran pada majlis tersebut antaranya dari Emiriyah Arab Bersatu, Abu Dhabi, Yaman, Lebanon dan Maghribi.

Beliau menyifatkan penubuhan UAS akan memberi impak yang sangat besar kepada dunia Islam berdasarkan maklum balas yang diberikan sarjana terkemuka di dunia yang gembira dengan kewujudan universiti tersebut.

"Kami percaya penubuhan UAS mampu menarik kedatangan para sarjana dunia Islam ke negara ini sekali gus menjayakan usaha negeri ini menjadi lembah ilmu seperti yang dicita-citakan.

"Dengan kedatangan para sarjana itu, negara ini juga akan menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh pelosok dunia yang mahu menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang," katanya.

Guru, pelajar perlu tingkat pengetahuan dalam ICT

Posted:

Guru, pelajar perlu tingkat pengetahuan dalam ICT

Guru, pelajar perlu tingkat pengetahuan dalam ICT


Penolong Ketua Pusat Sumber Ibnu Kathir Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi Sungai Udang, Muhammad Fauzi Tumin mengimbas buku yang dipinjam oleh pelajar-pelajar.


MELAKA 5 April - Para pelajar dan guru perlu meningkatkan pengetahuan, penggunaan dan keupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pusat sumber sekolah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pusat sumber tidak seharusnya dijadikan gedung buku-buku semata-mata sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pusat ICT.

Menurut beliau, dengan adanya kemudahan itu di pusat-pusat sumber sekolah, ia akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.

"Penggunaan wadah dan bahan di pusat sumber juga dapat membantu guru menerangkan hukum, konsep dan hujah dengan lebih efektif dan ini sudah tentu dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan guru," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Projek Naiktaraf Pusat Sumber Ibnu Kahtir Sekolah Menengah Arab (SMA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al-Ahmadi, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Yaakub Md. Amin.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, majlis itu merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha melahirkan dan memupuk minat membaca serta mengaplikasikan ICT dalam penggunaan pusat sumber sekolah.

Menurut beliau, ICT di pusat sumber juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diwujudkan kerajaan pada 1998 bagi melahirkan masyarakat yang minat membaca.

"Penggunaan aplikasi ICT di perpustakaan akan memudahkan lagi proses mendapatkan maklumat buku serta mengakses pinjaman pelajar dan guru-guru," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan