Jumaat, 6 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lagi sindiket penipuan Internet ditumpaskan

Posted:

Lagi sindiket penipuan Internet ditumpaskan

Lagi sindiket penipuan Internet ditumpaskan

06/04/2012 7:58pm

KUALA LUMPUR – Selepas serbuan di Kajang semalam, polis hari ini menumpaskan satu lagi sindiket penipuan internet dan perjudian haram ala "Huang" dalam serbuan di empat kediaman mewah di Serdang.

Dalam serbuan 11.30 pagi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Bukit Aman, berjaya menahan 83 orang membabitkan 75 warga Taiwan (67 lelaki, lapan wanita), enam rakyat China termasuk seorang lelaki dan dua lelaki tempatan.

Polis turut merampas 30 komputer dalam serbuan itu dan anggaran nilai rampasan masih dalam siasatan, kata Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan kepada pemberita, di sini.

Ketika serbuan didapati tiga daripada empat kediaman sedang cuba dikosongkan oleh anggota sindiket yang dipercayai bimbang susulan serbuan di Kajang semalam, manakala sebuah lagi didapati masih menjalankan aktiviti mereka, katanya.

"Semasa serbuan dibuat, kita dapati 16 lelaki dan tiga wanita warga asing ini sedang sibuk menjalankan urusan menghubungi mangsa mereka yang berada di sekitar Taiwan dan China berdasarkan skrip yang disediakan sindiket," katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit yang beroperasi sejak sebulan lalu adalah sebahagian daripada sindiket yang ditumpaskan dalam serbuan di enam banglo mewah di Country Heights, Kajang semalam. – BERNAMA

4 lelaki bertopeng larikan barangan kemas

Posted:

4 lelaki bertopeng larikan barangan kemas

4 lelaki bertopeng larikan barangan kemas

06/04/2012 7:55pm

KUALA SELANGOR – Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan tiga dulang barangan kemas dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Bandar Baru Ijok, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Muhd Taib Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu dua daripada lelaki terbabit menyerbu masuk ke dalam kedai itu dan memecahkan cermin pameran sebelum melarikan dulang emas berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah ke arah Kuala Lumpur.

"Ketika kejadian hanya pemilik kedai dan dua pekerja berada dalam premis itu. Dua lelaki terbabit memasuki premis, seorang mengawal di hadapan premis, manakala seorang lagi bersedia di dalam kereta untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhd Taib berkata, polis akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) dan kerugian masih belum ditaksirkan. – BERNAMA

Restoran rugi RM13,000 disamun ”pelanggan”

Posted:

Restoran rugi RM13,000 disamun "pelanggan"

Restoran rugi RM13,000 disamun "pelanggan"

06/04/2012 7:53pm

MELAKA – Seorang pemilik restoran bukan sahaja kerugian hampir RM13,000 tetapi juga melalui detik cemas apabila nyaris terkena tembakan yang dilepaskan tiga lelaki yang menyamunnya di Taman Merdeka, di sini semalam.

Tiga lelaki terbabit dikatakan berlagak sebagai pelanggan dan menjamu selera di restoran milik J. Suthagar, 25, sebelum bertindak menyamun wang tunai dan rantai leher miliknya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini hari ini, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt R. Gunarajan berkata, dua tembakan dilepaskan suspek dalam insiden pukul 2.20 petang tersebut.

"Dalam kejadian tersebut satu tembakan dilepaskan di dalam kedai dan satu lagi di berhampiran lampu isyarat Gangsa apabila mangsa nekad mengejar suspek menggunakan kereta.

"Namun kita tidak menjumpai sebarang kelongsong peluru kerana suspek dipercayai menggunakan peluru jenis kapur," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan