Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Kesan kalau PTPTN dihapuskan...

Posted:

PILIHAN Raya Umum Ke-13 sudah dekat, sebab itu senarai janji pembangkang kepada rakyat sudah jadi bermacam-macam. Antaranya memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sekali dengar, memang menarik janji-janji pembangkang ini, terutamanya kepada yang sedang menanggung hutang PTPTN. Siapa yang tak mahu hutang terhapus serta-merta.

Slogan hendak membantu rakyat memang nampak cantik. Tapi bagaimana dan apakah mekanismenya? Kalau semua mahu percuma, ambil wang dari mana dan tutup sektor yang mana pula? Itu yang kita mahu tahu, jangan sekadar pandai bercakap. Sehingga kini, tiada penjelasan terperinci dan hujah-hujah logik daripada pembangkang mengenai cara untuk melaksanakannya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sesudah Guan Eng, siapa pula calon KM Pulau Pinang selepas PRU13

Posted:

Sesudah Guan Eng, siapa pula calon KM Pulau Pinang selepas PRU13

Oleh Hassan Mohd. Noor

KETIKA DAP diasak oleh pelbagai pihak berhubung beberapa tindakan kerajaan negeri pimpinannya, Lim Guan Eng nampak tenang. Biar pun 'gelora' di luar, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP itu mengambil sikap 'membisu' dan 'memekakkan telinga'.

Beliau tidak melayan sebarang desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti politik seperti Gerakan, UMNO, MCA dan Parti Cinta Malaysia. Begitu juga dengan teguran atau kritikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Inilah kelebihan Guan Eng yang gemar mengambil pendekatan 'memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa'. Jika ada pun kenyataan balas yang diberi, semuanya terarah kepada ia adalah fitnah terhadapnya.

Apa yang penting, dalam diam, beliau berusaha memantapkan kedudukan DAP di negeri itu. Pergeseran melibatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P.Ramasamy dianggap tidak menjejaskan DAP di negeri itu. Dulu pernah berlaku usaha untuk menyingkirkan Karpal dan Lim Kit Siang. Tetapi dalam gerakan yang dikenali sebagai KOKS itu, kedudukan kedua-dua pemimpin itu tidak terjejas. Justeru, tidak usahlah 'musuh' DAP mengharapkan parti itu terjejas. Sebaliknya mereka perlu berhati-hati ketika mengkritik atau mengeluarkan kenyataan kerana silap hari bulan, mereka dibawa ke mahkamah. Dengan pendekatan yang digunakan oleh Guan Eng dan disokong pula oleh rakan-rakan dalam pakatan pembangkang, maka tidak keterlaluan jika dikatakan Barisan Nasional (BN) masih menghadapi laluan sukar di Pulau Pinang. BN tidak boleh terlalu bergantung kepada isu-isu yang dibangkitkan selama ini. Tidak mustahil, pengundi-pengundi tegar yang menyokong DAP dan rakan-rakannya juga mengambil sikap 'memekakkan telinga'.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan