Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Yayasan Felda bantu peneroka uzur

Posted:

Yayasan Felda bantu peneroka uzur

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


Mohd. Isa Abdul Samad (dua dari kiri) dan Ahmad Shukri Ismail (kiri) melihat keadaan Kamarudin Muhammad yang terlantar di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantutu, kelmarin.


JERANTUT 8 April - Yayasan Felda menghulurkan sumbangan katil, susu dan wang tunai kepada seorang peneroka yang terlantar sakit di Felda Kota Gelanggi 1, di sini semalam.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Kamarudin Muhammad, 68, yang terlantar sakit di rumahnya sejak November tahun lalu selepas terjatuh daripada bumbung rumahnya ketika sedang menukar zink di ruang dapur.

Kejadian malang itu turut menyebabkan isterinya, Umbi Kelasom Hussin, 56, koma hampir lima bulan dipercayai akibat serangan angin ahmar selepas terkejut dengan keadaan suaminya sebelum meninggal dunia pada 11 Mac lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kerajaan sedia tambah komputer di PDI

Posted:

Kerajaan sedia tambah komputer di PDI

BENTONG 8 April - Kerajaan negeri bersedia menambah bilangan komputer di Pusat Info Desa (PID) di Pahang bagi membolehkan lebih ramai penduduk setempat menguasai teknologi maklumat (IT).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun kerajaan negeri tiada peruntukan khas bagi menyalurkan bantuan tersebut tetapi ia boleh dimohon daripada Menteri Besar dan Pegawai Pembangunan Negeri.

Menurut beliau, PID merupakan satu-satunya pusat yang membolehkan penduduk luar bandar mendapat maklumat serta melayari internet serta berhubung dengan rakan-rakan.

"Selain itu, pusat ini boleh menjadi medium menghubungi rakan-rakan dalam usaha bertukar pendapat bagi pembangunan setempat.

"Penubuhan pusat tersebut secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapat maklumat dengan pantas mengenai pembangunan serta peluang meningkatkan taraf kehidupan mereka," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

LPKIM bantu ibu tunggal

Posted:

LPKIM bantu ibu tunggal

KUANTAN 8 April - Biarpun keadaan rumah kian usang dan sempit, namun bagi 12 penghuni yang tinggal di Kampung Baru di sini tetap tabah menjalani kehidupan seharian walaupun serba sederhana.

Itu yang dialami seorang ibu tunggal, Rahmah Mamat, 49, yang kehilangan arwah suaminya sejak enam tahun lalu. Dia kini hidup bersama tujuh anak dan empat cucunya di rumah tersebut.

Menurutnya, keadaan bertambah perit selepas dia sendiri tidak dapat bekerja sebagai tukang masak sejak tiga tahun lalu kerana penyakit asma dan jantung yang membataskan dirinya mencari rezeki.

"Selain mengharapkan bantuan anak-anak dan bekas menantu, jiran dan penduduk kampung di sini banyak membantu kami.

"Selain itu, bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat digunakan sebaik mungkin untuk perbelanjaan harian," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan