Ahad, 8 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


15 pelajar berkhemah dipanah petir

Posted:

15 pelajar berkhemah dipanah petir

15 pelajar berkhemah dipanah petir

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MOHD. ALI melawat pelajar yang dipanah petir dalam kejadian ribut di Bukit Katil, Melaka semalam.


MELAKA - Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.

Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku.

Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hidup tertekan bisnes merosot

Posted:

Hidup tertekan bisnes merosot

Hidup tertekan bisnes merosot

Oleh FAHAMI AHMAD
fahami.ahmad@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha produk kecantikan mendakwa bukan sahaja tertekan akibat menerima persepsi negatif masyarakat malah bisnesnya turut mengalami kerugian hampir RM180,000 sejak suaminya memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap dirinya yang dikatakan lelaki menyerupai wanita.

Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setiap bulan sejak suaminya, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, memfailkan kes tersebut tahun lalu.

"Semua andaian yang dibuat mengenai status jantina saya menyebabkan saya tertekan dan menjatuhkan maruah diri, keluarga serta perniagaan.

"Saya juga terpaksa menutup premis selama dua hari kerana tertekan dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di premis perniagaannya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Politik bukan beban - Shahrizat

Posted:

Politik bukan beban - Shahrizat

Politik bukan beban - Shahrizat

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan RAFIDAH MOHD. NAZARI
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – "Politik tidak pernah menjadi beban kepada saya, ia datang secara semula jadi."

Demikian tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika ditanya adakah beliau akan meninggalkan arena politik selepas pelbagai isu yang melanda dirinya.

Beliau yang menamatkan perkhidmatannya sebagai menteri selama 11 tahun semalam berkata, sebagai seorang muslim, beliau menerima segala ketentuan Tuhan.

"Tempoh lima bulan lepas merupakan bulan yang paling mencabar dan saya bersyukur apabila orang yang saya jumpa secara peribadi tidak menunjukkan sikap dingin atau menjauhkan diri sebaliknya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi," katanya selepas menghadiri majlis Swadaya Mahabbah Tahfiz 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan