Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


‘Bom jangka’ di selatan Thailand

Posted:

'Bom jangka' di selatan Thailand

Zulkiflee Bakar

SEBELUM ini konflik di selatan Thailand tidak begitu diberi perhatian kerana ia hanya berlegar di sekitar Pattani, Narathiwat dan Yala.

Ketiga-tiga wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak pernah sunyi dengan peristiwa serangan hendap dan letupan bom.

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja nyawa yang melayang atau ada tubuh yang cedera. Ini belum lagi termasuk harta benda yang musnah akibat serangan bom. Justeru penduduk-penduduk Islam di selatan Thailand bagaikan hidup dengan dikelilingi dengan bom jangka.

Apa yang merimaskan, mereka tidak tahu bilakah 'bom ' itu akan meletup, di manakah ia ditempatkan dan siapa yang bakal menjadi mangsa.

Tetapi apa yang pasti, apabila ia meletup, kebanyakan mangsa adalah insan-insan yang tidak berdosa termasuklah penduduk kampung yang keluar mencari rezeki di waktu dinihari.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Jangan campur urusan Malaysia

Posted:

KEBELAKANGAN ini kecoh diperkatakan mengenai campur tangan dari pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mencampuri urusan politik di negara ini.

Bukan sekadar menyatakan sokongan secara terbuka terhadap parti-parti politik pembangkang malah mereka turut sama menyumbang sejumlah besar dana dan bantuan kewangan atas kapasiti membantu menyuburkan demokrasi.

Tapi apakah benar tujuan mereka itu ikhlas atau hanya sekadar satu lagi agenda atau propaganda mereka untuk cuba mencampuri urusan politik negara ini atas nama kebebasan dan demokrasi.

Untuk menjawab persoalan ini, wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Kasthuri Jeevendran telah mewawancara Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di Putrajaya baru-baru ini.

Beliau secara jelas memuji proses demokrasi di negara ini berjalan lancar malah gembira melihat perkembangannya yang jelas tersusun serta hanya mengambil waktu yang singkat berbanding negaranya yang terpaksa berjuang selama 230 tahun.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan