Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kerajaan ambil berat sekolah agama

Posted:

Kerajaan ambil berat sekolah agama

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 7 April - Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat keperluan sekolah agama dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan bersesuaian untuk keselesaan tenaga pengajar serta pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, keprihatinan itu terbukti sejak 1968 lagi apabila banyak sekolah agama rakyat diambil alih oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, sejak itu kerajaan negeri dan Persekutuan menjalankan pelbagai inisiatif termasuk mengeluarkan perbelanjaan mengurus yang mencecah puluhan juta ringgit setahun.

"Kerajaan sentiasa membantu kerana sedar kepentingan sekolah agama yang turut berperanan meningkatkan syair Islam bagi mengukuhkan akidah umat Islam di negara ini.

"Sebab itu kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa berusaha memenuhi permintaan serta keperluan sekolah agama bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu berjalan lancar," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Pondok polis di Gugusan Felda Perantau Damai

Posted:

Pondok polis di Gugusan Felda Perantau Damai


Jamaluddin Jarjis (kiri) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang pertandingan memasak sempena majlis perasmian Pusat Rukun Tetangga Felda Keratong 8 di Muadzam Shah, baru-baru ini.


MUADZAM SHAH 7 April - Sebuah pondok polis bakal dibina di Gugusan Felda Perantau Damai di sini bagi memastikan tahap keselamatan dipertingkatkan sekali gus mengurangkan kejadian jenayah di kawasan itu.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, permohonan untuk mendirikan pondok itu sudah dibuat kepada kerajaan selain melahirkan hasrat itu secara lisan kepada Ketua Polis Pahang baru-baru ini.

Menurutnya, perkara tersebut turut dipersembahkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah semasa lawatan baginda ke Rompin baru-baru ini bagi memastikan kawasan tanah rancangan Felda dilengkapi kemudahan keselamatan dengan lebih terancang dan sistematik.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Angkasa, KKM rancang buka 57 pusat hemodialisis

Posted:

Angkasa, KKM rancang buka 57 pusat hemodialisis

BERA 7 April - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid (KKM) merancang membuka 57 pusat hemodialisis di seluruh negara bagi membolehkan pesakit buah pinggang mendapat rawatan dengan kadar berpatutan.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, cadangan itu dibuat berikutan masalah kekurangan mesin di hospital yang menyebabkan pesakit sukar mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pusat hemodialisis swasta pula mengenakan kadar bayaran mahal menyebabkan mereka tidak mampu menanggung kos tersebut.

"Berbanding di hospital kerajaan, pusat tersebut amat terhad dan pesakit pula terpaksa mendaftar bagi menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

"Justeru, cadangan adalah pusat berkenaan akan ditubuhkan secara berperingkat oleh KKM di daerah atau kawasan masing-masing di tempat yang sesuai," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung penubuhan Kariah Masjid Darul Fikri Bera di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan