Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Memastikan nasib rakyat terbela

Posted:

Memastikan nasib rakyat terbela

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Mohamed Mustafa


APABILA Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki pejabat Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau menyeret bersama rantaian pelbagai masalah yang bukan sahaja dihadapi oleh pentadbiran kerajaan tetapi juga parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Ketika itu BN baru setahun menerima tamparan hebat apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, komponen BN tumbang di Pulau Pinang manakala UMNO tewas di Selangor dan Kedah, manakala usaha menawan semula Kelantan terus menemui jalan buntu.

Apa yang lebih mencabar bagi Najib ialah bagaimana untuk memulihkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN. Bayangkanlah keputusan pilihan raya umum 2008 menunjukkan dari segi undi popular BN meraih 4,082,411 undi manakala pakatan pembangkang mendapat 3,796,464 undi. Ia bermakna BN berada pada kedudukan 50.6 peratus berbanding pembangkang 49.4 peratus.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Apa lagi tidak puas hati terhadap PSC!

Posted:

Apa lagi tidak puas hati terhadap PSC!

Oleh Azman Anuar

PELBAGAI ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk juga kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Apa lagi yang tidak puas hati!

Tujuh daripada lapan perkara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan PSC ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Malah Dewan Rakyat meluluskan semua 22 cadangan itu tanpa dibahaskan ekoran kekecohan yang ditimbulkan oleh wakil rakyat pembangkang.

Ada-ada sahaja ditimbulkan oleh pembangkang walhal anggota mereka – Azmin Ali (PKR-Gombak), Loke Siew Fook (DAP-Rasah) dan Dr. Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) ada dalam jawatankuasa PSC.

Bukan mereka tidak boleh jelaskan kepada anggota pembangkang lain tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh SPR terhadap tuntutan Bersih atau orang ramai. Tetapi trio itu lebih sibuk mengugut untuk keluar daripada jawatankuasa itu, bukannya mencari jalan terbaik untuk menambah baik perjalanan sistem pilihan raya kita.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan