Jumaat, 6 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tiada larangan terhadap watak lesbian, gay di TV

Posted:

Tiada larangan terhadap watak lesbian, gay di TV

Tiada larangan terhadap watak lesbian, gay di TV

KERAJAAN tidak mewujudkan sebarang larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki 'lembut' (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya.

Rais memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal mengenai perkara itu, yang berasal daripada satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sri Wani dan Dr. Bahrom wajib dipisahkan sementara

Posted:

Sri Wani dan Dr. Bahrom wajib dipisahkan sementara

Sri Wani dan Dr. Bahrom wajib dipisahkan sementara

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa perkahwinan antara pasangan sesama jantina adalah dilarang dan tidak diiktiraf sama sekali dalam Islam.

Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah.

Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah.

"Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri.

"Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kit identiti bantu kes kehilangan kanak-kanak

Posted:

Kit identiti bantu kes kehilangan kanak-kanak

Kit identiti bantu kes kehilangan kanak-kanak

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


ISMAIL (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada ibu Allahyarham Nurul Nadirah, Roselyn Alan (dua dari kiri) di Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kumpulan Perbankan RHB menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan Kit Pengenalan Kanak-kanak sebagai usaha memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan sekiranya berlaku kes kanak-kanak hilang atau culik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kit tersebut akan menyimpan maklumat terperinci mengenai kanak-kanak terbabit termasuk gambar terbaharu, biodata, kumpulan darah, cap jari serta tanda kelahiran.

Jelasnya, kit yang mula diperkenalkan pada tahun lalu itu akan disimpan sendiri oleh ibu bapa dan diserahkan kepada polis sekiranya berlaku kes kehilangan anak mereka.

"Dalam situasi semasa, apabila berlaku kes kehilangan kanak-kanak, polis tidak mempunyai data yang cukup untuk menjalankan siasatan.

"Dengan adanya kit ini, kita akan dapat menjalankan siasatan dengan lebih cepat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan