Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Cek RM4 juta punca Sosilawati dibunuh

Posted:

Cek RM4 juta punca Sosilawati dibunuh

SHAH ALAM 6 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa dua cek bernilai RM4 juta yang sepatutnya dibayar kepada Datuk Sosilawati Lawiya adalah punca tertuduh pertama, N. Pathmanabhan bertindak membunuh jutawan kosmetik itu serta tiga lagi yang turut berada di tempat kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin semasa berhujah di akhir kes pendakwaan berkata, tindakan Sosilawati pergi ke Banting untuk berjumpa Pathmanabhan bagi mempercepatkan tarikh cek pada 30 Ogos 2010 telah menimbulkan tekanan.

Ia berikutan bekas peguam itu hanya mempunyai RM1.3 juta di dalam akaunnya pada tarikh tersebut selain terdapat surat yang ditulis pada hari kejadian tetapi bertarikh 11 Ogos 2010 untuk pemindahan wang dari akaun anak guam yang sepatutnya dibayar kepada Sosilawati ke dalam akaun peribadinya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Anwar, Leng Chan cuba sekat kebenaran didedahkan - Peguam

Posted:

Anwar, Leng Chan cuba sekat kebenaran didedahkan - Peguam

KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan Pengerusi Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance), Tan Sri Quek Leng Chan dan institusi kewangan itu mengetepikan sapina terhadap beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai usaha menyekat kebenaran daripada didedahkan.

Ini kerana, bekas Menteri Kewangan itu dan Leng Chan adalah saksi penting kes saman Hong Leong Finance terhadap ahli perniagaan, Low Thiam Hoe membabitkan perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu.

Perkara itu disentuh dalam hujah peguam D. Paramalingam yang mewakili Thiam Hoe ketika membalas hujahan peguam Andrew Chiew di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam prosiding itu, Andrew yang mewakili Hong Leong Finance mengemukakan permohonan agar sapina ke atas Anwar dan Leng Chan supaya hadir sebagai saksi, diketepikan dan dibatalkan kerana mereka bukan saksi penting dalam kes saman itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan