Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Kembalikan tapak masjid, sekolah

Posted:

Kembalikan tapak masjid, sekolah

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Shaik Hussein Mydin


Satu e-mel daripada seorang pembaca yang mengikuti kolum 'Selak' tulisan Hassan Mohd. Noor disuakan kepada penulis. Komennya begini: "Terbaru, isu tanah bagi tapak masjid di Bayan Mutiara. Isu tersebut dipermainkan dengan cukup hebat untuk memburukkan kerajaan negeri.

"Tetapi kita tidak boleh lari dari sejarah. Adakah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang (Shaik Hussein Mydin) yang cukup lantang dalam isu ini tidak mengetahui sejarah sebenar tanah Bayan Mutiara. Pelan Kebenaran Merancang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2006. Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada Mac 2008.

"Berdasarkan perkiraan matematik mudah, terdapat tempoh masa kira-kira 1 tahun 5 bulan dari masa kelulusan diberi MPPP sehingga tumbangnya UMNO/BN di Pulau Pinang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tumpu pelaksanaan, bukan protes!

Posted:

Tumpu pelaksanaan, bukan protes!

Oleh Khairuddin Mohd Zain


Orang ramai mengambil kesempatan untuk mendaftar dan menyemak daftar pemilih pada Kempen Pendaftaran dan Semakan Daftar Pemilih di Wisma Rozali, Shah Alam, baru-baru ini. – Gambar hiasan


Sebagai rakyat biasa juga pengundi di Parlimen Gombak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, penulis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kesungguhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membentangkan 22 syor di Dewan Rakyat kelmarin.

Walaupun terdapat sedikit gelinciran pandangan di kalangan anggota PSC mengenai kaedah pembentangan laporan akhir, namun ia tidak sama sekali mencacatkan pemandangan keseluruhan syor yang boleh disifatkan melangkaui jangkaan rakyat teramai.

Di atas kertas, tanpa mengambil kira proses pelaksanaan, 22 syor ini adalah lonjakan besar kepada sistem pilihan raya di Malaysia. Banyak syor yang dikemukakan nyata memberi rekayasa yang menyeluruh, bukan sahaja kepada proses – malahan 'struktur asas' pelaksanaan pilihan raya di Malaysia. Cadangan yang dibentangkan boleh disifatkan luar biasa berani.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan