Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Pantau muatan kenderaan berat

Posted:

Pantau muatan kenderaan berat

Saudara pengarang,


Kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan sering dapat dilihat di Jalan Jerantut ke Kuala Lipis.


Saya ingin menarik perhatian menerusi Rakan Pahang hari ini mengenai sikap pengusaha dan pemandu kenderaan berat yang mengaut keuntungan besar tanpa mempedulikan keselamatan orang ramai.

Senario itu boleh dilihat di Jalan Jerantut ke Kuala Lipis melalui pekan Kerambit dan perkampungan tradisional Melayu yang kerap dilalui oleh kenderaan berat yang memunggah bijih besi dan kayu-kayan.

Apa yang menjengkelkan juga adalah sikap pemandu kenderaan yang tidak menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan apabila tidak mematuhi spesifikasi had muatan dan ciri keselamatan lain.

Baru-baru ini ketika memandu pulang ke Bandar Jerantut melalui Kampung Lentang, Lipis saya terserempak dengan sebuah lori treler yang sendat muatan dengan kayu bergergaji menaiki jalan berbukit.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Rayu JKR bertindak turap jalan rosak

Posted:

Rayu JKR bertindak turap jalan rosak

Saudara pengarang,


SEBUAH kereta melalui kawasan jalan berlubang di bandar Jerantut baru-baru ini.


JERANTUT merupakan salah satu daerah di Pahang yang mempunyai jumlah kehadiran pelancong yang ramai kerana mempunyai tarikan tersendiri seperti Taman Negara Kuala Tahan, Gua Kota Gelanggi, Lata Meraung dan Makam Mat Kilau.

Kehadiran pelancong terutama dari luar negara amat dialu-alukan bagi merancakkan lagi industri pelancongan sekali gus menjana pendapatan penduduk setempat.

Perubahan ketara di sekitar bandar Jerantut yang bertambah cantik dan ceria membuatkan sejuk mata memandang dan menarik minat pengunjung untuk menerokai Bandar Taman Negara itu.

Namun, di sebalik keceriaan yang sedia ada, sakit pula mata melihat keadaan jalan raya di keempat-empat pintu masuk utama ke bandar Jerantut iaitu melalui Maran, Temerloh, Kuala Lipis dan Benta.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Rekahan jalan bimbangkan penduduk

Posted:

Rekahan jalan bimbangkan penduduk

Saudara pengarang,


SEORANG penduduk menunjukkan keadaan hakisan jalan semakin serius sejak akhir-akhir ini apabila ia membentuk rekahan sedalam dua meter di kawasan parit berhampiran ke Ladang Tanam Semula Komersial Kasing.


SAYA merupakan salah seorang penduduk Kampung Pianggu, Rompin dan saya ingin menyuarakan kebimbangan berhubung masalah rekahan jalan berdekatan jalan masuk ke Ladang Tanam Semula Komersial Kasing.

Ini kerana hakisan itu semakin serius sejak akhir-akhir ini apabila ia membentuk rekahan sedalam dua meter dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan berkenaan.

Sistem pembetungan yang dipasang di parit itu tidak lagi mampu menampung kuantiti air dari sawah padi dalam jumlah yang banyak terutama pada musim hujan hingga menyebabkan sebahagian kecil jalan itu mula runtuh dan mengalami hakisan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan