Khamis, 5 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kemukakan lokasi sisa buangan

Posted:

Kemukakan lokasi sisa buangan

Kemukakan lokasi sisa buangan

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

AELB memberi tempoh 10 bulan kepada syarikat Lynas untuk mengemukakan lokasi tapak pembuangan kekal sisa buangan industrinya.


SEPANG - Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) menetapkan jangka masa 10 bulan kepada syarikat kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Gebeng untuk mengemukakan lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) sisa buangan industrinya sebaik lesen operasi penuh dikeluarkan.

Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, Lynas hanya perlu mengemukakan pelan tersebut selepas lesen operasi kilang tersebut diluluskan.

"Lynas hendaklah mengemukakan lokasi tapak PDF sisa industri kepada kerajaan dalam tempoh 10 bulan selepas lesen operasi dikeluarkan.

"Ia belum perlu dikemukakan sebelum apa-apa kelulusan diberikan kepada Lynas seperti yang tertakluk dalam terma dan syarat lesen," katanya pada sidang media di Dengkil dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami dakwa isteri seorang lelaki

Posted:

Suami dakwa isteri seorang lelaki

Suami dakwa isteri seorang lelaki


BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.


KUALA LUMPUR - Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.

Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.

Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.

Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.

Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan komited bantu rakyat

Posted:

Kerajaan komited bantu rakyat

Kerajaan komited bantu rakyat


MUHYIDDIN (duduk, dua dari kanan) beramah mesra dengan peniaga kecil dan pemandu teksi di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited untuk menjadikan Malaysia negara dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada AS$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu kerajaan BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji yang dibuat.

"Kerajaan BN sentiasa memikirkan cara, usaha dan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat malahan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam masa lapan tahun lagi, sasaran pendapatan mesti meningkat dua kali ganda," katanya ketika berucap pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Padang Awam, Taman Ria di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan