Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Transformasi: Sebuah perjalanan

Posted:

Transformasi: Sebuah perjalanan


Najib Tun Razak berucap melancarkan laporan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi.


CERITERA kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah ditinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran Jalur Gemilang.

Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Najib penuh idealistik, praktikal

Posted:

Najib penuh idealistik, praktikal

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

HARI ini 3 April, genap tiga tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menyandang jawatan Perdana Menteri. Dalam rumusan penganalisis ekonomi dan politik tanah air, rata-rata apabila ditanya sama ada secara spontan atau panjang lebar terhadap rekod Najib dalam tiga tahun ini - satu sahaja - beliau penuh idealistik dan praktikal.

Tidak mahu retorik tentang komen beliau, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik Antarabangsa Malaysia (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin percaya pandangannya itu turut dikongsi oleh sebahagian besar rakyat negara ini yang diyakininya telah melihat secara realiti itu.

"Dalam tiga tahun ini, Perdana Menteri memberikan kita semua beberapa gagasan dan strategi beliau bagaimana hendak membawa negara dan ekonomi ke tahap pembangunan lebih tinggi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan