Isnin, 2 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Safee Sali ceraikan Sabrina

Posted:

Safee Sali ceraikan Sabrina

Safee Sali ceraikan Sabrina

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

WAJAH Sabrina dan Safee selepas selesai prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.

Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka sebelum ini.

"Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Trauma lihat mangsa meraung

Posted:

Trauma lihat mangsa meraung

Trauma lihat mangsa meraung

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang menjadi pintu masuk ke Thailand lengang selepas kejadian bom kereta di Hatyai kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM – Seorang pelancong dari Malaysia yang terselamat dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai, selatan Thailand kelmarin kini serik untuk mengunjungi wilayah berkenaan.

Mohd. Shahdiq Abdul Rahman, 32, berkata, dia tidak akan dapat melupakan keadaan huru-hara yang tercetus sebaik sahaja letupan berlaku apatah lagi mangsa yang cedera meraung kesakitan.

Dia turut menasihatkan rakyat negara ini supaya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk melancong ke wilayah tersebut.

"Saya sudah memadamkan Thailand daripada senarai percutian kerana saya benar-benar serik dan tidak mahu mengunjungi Hatyai atau Thailand selepas ini," katanya yang ditemui di pintu sempadan negara dekat Danok di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib: Tolak tukang karut politik

Posted:

Najib: Tolak tukang karut politik

Najib: Tolak tukang karut politik


NAJIB


KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan 'kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab', malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.

"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan