Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Peneroka terima perubahan besar

Posted:

Peneroka terima perubahan besar

Oleh ALI MAHMOODutusanktn@gmail.com

BERA 2 April - Warga peneroka Felda akan mengalami perubahan besar di luar jangkaan di samping mendapat pelbagai faedah dan manfaat besar apabila Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, golongan itu bukan sahaja akan menerima habuan-habuan tersebut malah akan melonjakkan lagi taraf kehidupan mereka menjadi lebih baik.

''Mereka bukan sahaja akan terlentang, malah akan pengsan sekurang-kurang tiga jam apabila Felda membayar faedah hasil penyenaraian tersebut nanti.

''Nantilah kita tengok kerana kini belum disenaraikan lagi dan apabila ia disenaraikan baru kita boleh tengok dan ketika itu baru kita tahu akan faedahnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Warga Peneroka Felda Gugusan Bera yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Triang 3 di sini kelmarin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Orang Asli jangan terpedaya dakyah pembangkang

Posted:

Orang Asli jangan terpedaya dakyah pembangkang

KUALA LIPIS 2 April - Masyarakat Orang Asli di negeri ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan dengan pelbagai tohmahan khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembangkang kini berusaha meracuni pemikiran masyarakat Orang Asli dengan menaburkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan.

"Sejak akhir-akhir ini, mereka (pembangkang) sering masuk ke penempatan Orang Asli untuk meracuni pemikiran kaum minoriti itu.

"Oleh itu, saya berharap masyarakat Orang Asli tidak mudah terpedaya sebaliknya berikan tumpuan meneruskan kehidupan seperti mencari rezeki serta pendidikan kepada anak-anak dengan secukupnya," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

JPJ dekati penduduk Orang Asli

Posted:

JPJ dekati penduduk Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


Sebahagian Orang Asli kawasan Padang Tengku gembira memegang lesen memandu B2 yang diperoleh selepas ujian JPJ di Merapoh, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 2 April - Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (1K1JPJ) di Kampung Merapoh yang diadakan di sini baru-baru ini bertujuan mendekatkan JPJ dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku termasuk Orang Asli di pedalaman Hulu Jelai dan Cheka dekat sini.

Program itu memberi peluang kepada mereka untuk menyelesaikan pelbagai urusan seperti lesen memandu, cukai jalan, membayar saman dan menukar nama pemilik kenderaan.

Sepanjang program tersebut, agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan daerah turut berperanan mengetengahkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan, penyalahgunaan dadah dan kemalangan jalan raya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan