Isnin, 9 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Saya tiada dendam pada Samy - Dr. Mahathir

Posted:

Saya tiada dendam pada Samy - Dr. Mahathir



PUTRAJAYA 9 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) tidak pernah menaruh dendam terhadap bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang menuduh beliau menjadi punca kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengakui beliau tidak begitu setuju dengan tindakan Samy Vellu membuang beberapa pemimpin kaum India yang dilihat berpotensi mencabar kedudukannya.

"Saya tidak menyuruh pengundi Sungai Siput supaya tidak mengundi Samy Vellu. Saya juga membuat kritikan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu dan ia memberi kesan kepada pengundi serta menyebabkan mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Ini bukan soal dendam tetapi soal kekuatan parti komponen. Apabila anda sebagai pemimpin melakukan sesuatu yang melemahkan komponen BN, saya terpaksa berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pelan Anwar tidak munasabah

Posted:

Pelan Anwar tidak munasabah

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.

Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.

"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.

"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan