Isnin, 9 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri didakwa

Posted:

Rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri didakwa

SHAH ALAM 9 April - Timbalan Pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat menerima rasuah RM250,000.

Suapan itu didakwa diperoleh daripada sebuah syarikat pembekal peralatan forensik multimedia pada Mac lalu.

Sementara itu, isterinya yang sedang hamil dua bulan, Suraya Hani Ahmad Zaki dan pengarah urusan sebuah syarikat swasta, Noorshidin Mohd. Noor pula didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan.

Ia berhubung tuduhan menerima wang suapan itu sebagai upah bagi membantu mendapatkan tender mereka cipta makmal forensik digital SKMM.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Asmadi Hussin dan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pemandu didakwa cuai kematian 2 pelancong India

Posted:

Pemandu didakwa cuai kematian 2 pelancong India

BENTONG 9 April - Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga meragut dua nyawa pelancong India dalam kemalangan jalan raya di Genting Highlands bulan lalu.

G. Sugumaran, 26, (gambar) didakwa menyebabkan bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di tempat kejadian di KM4.5, Jalan Genting Highlands pada pukul 7.55 pagi, 5 Mac lalu.

Dakwaan terhadap Sugumaran dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Ismantie Ismail mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Majistret Nurliana Ismail menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan