Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PRU-13: BN sedia 'bertempur' di alam siber

Posted:

PRU-13: BN sedia 'bertempur' di alam siber

BAGAN DATOH 8 April - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Mustafa ada rahsia dengan Anwarinas?

Posted:

Mustafa ada rahsia dengan Anwarinas?

KUALA LUMPUR 8 April - Mungkin ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali apabila beliau bersungguh- sungguh mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, tindakan Mustafa baru-baru ini mencetuskan pelbagai persepsi kepada rakyat termasuk soal keikhlasan beliau semasa membuat kenyataan itu.

"Adakah benar itu pengakuan beliau atau dibuat kerana terpaksa untuk menutup rahsia sendiri.

"Desas-desus mengatakan puak Anwarinas menyimpan rahsia peribadi Mustafa Ali. Kita pun nak tahu apa rahsia itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Mustafa yang mempertahankan Anwar dalam percubaan mencabar kredibiliti Ketua Pembangkang itu di Dewan Rakyat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan