Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Penjenayah dicekup selepas pecah masuk rumah

Posted:

Penjenayah dicekup selepas pecah masuk rumah

KUALA LUMPUR 8 April - Seorang penjenayah dicekup ketika cuba bersembunyi dengan hasil curian di tangki air sebuah rumah teres dua tingkat di Desa Setapak, Wangsa Maju di sini malam tadi selepas memecah masuk rumah jiran bersebelahan.

Lelaki warga tempatan itu dikatakan memecah masuk sebuah rumah yang ketika itu tidak berpenghuni pada kira-kira 10 malam serta melarikan beberapa barang.

Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari jiran tetangga yang bertindak memberkas suspek sebelum menghubungi polis.

Dalam keadaan kelam kabut itu, suspek berumur 36 tahun itu melarikan diri dengan memasuki rumah bersebelahan dan bersembunyi di kawasan tangki air di siling rumah tersebut sebelum diberkas polis dan penduduk setempat.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, polis turut menemui barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya komputer riba, kamera dan telefon bimbit daripada suspek.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

15 pelajar cedera dipanah petir

Posted:

15 pelajar cedera dipanah petir

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 8 April - Seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah St. Francis Banda Hilir di sini cedera akibat terkena renjatan panahan petir ketika mengikuti perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika kesemua pelajar tersebut berada dalam khemah masing-masing sewaktu hujan renyai-renyai di kem berkenaan.

Mangsa merupakan sebahagian daripada 584 pelajar daripada 17 buah sekolah yang mengikuti latihan perkhemahan anjuran Persatuan Kadet Bersatu Malaysia bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

Salah seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, memberitahu, sebelum kejadian, semua peserta sedang menjalani latihan di kawasan kem sebelum ia dihentikan akibat hujan.

"Kami diarahkan masuk ke khemah masing-masing sebaik sahaja hujan. Saya bersama lima rakan yang berada dalam satu khemah cuba beralih ke khemah besar apabila hujan semakin lebat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan