Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


'Anwar dalangi penangkapan'

Posted:

'Anwar dalangi penangkapan'

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 6 April - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai individu yang mendalangi penangkapan dan pendakwaan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Saidin Thamby, 76, atas tuduhan menerima rasuah RM1 juta, 14 tahun lalu.

Beliau yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.

Aduan melalui sepucuk surat itu dibuat oleh seorang individu, Frankie Lee Kah Hoay pada 25 Mac 1998, setahun selepas cek itu diserahkan kepada bekas wakil rakyat berkenaan di rumah beliau.

Dalam surat tersebut, Saidin didakwa gagal mengeluarkan resit pembayaran walaupun RM1 juta telah diserahkan manakala tiada tanda menunjukkan pembinaan bangunan UMNO Selayang telah dimulakan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Zuraida jangan melampaui batas

Posted:

Zuraida jangan melampaui batas

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 April - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang.

Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR.

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan