Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Sultan cadang wujud Hari Masjid

Posted:

Sultan cadang wujud Hari Masjid

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan penduduk dan jemaah selepas merasmikan Masjid Sultan Ahmad Shah, Felda Bukit Goh, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 6 April – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) supaya mencari tarikh yang sesuai untuk mewujudkan Hari Masjid di negeri ini.

Baginda bertitah, Hari Masjid itu bertujuan mengajak seluruh rakyat di negeri ini terutama golongan muda supaya mengimarahkan institusi berkenaan.

"Alangkah manisnya kalau ada Hari Masjid, secara tidak langsung dapat menyatukan hati rakyat agar mengimarahkan masjid.

"Ini cadangan saya dan MUIP perlu mencari tarikh yang sesuai. Sebaik-baik saya cadangkan diadakan dalam bulan Ramadan dan ini terpulang kepada MUIP untuk menentukannya," titah baginda.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

RM30j bina jalan Orang Asli

Posted:

RM30j bina jalan Orang Asli


S.K. DEVAMANY menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penjaga murid yang cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun lepas di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Koyan, Cameron Highlands, baru-baru ini.


CAMERON HIGHLANDS 6 April – Sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan Pusat bagi projek pembinaan jalan ke kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Senderut, Hulu Jelai dekat sini.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Devamany berkata, peruntukan berkenaan diluluskan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri hasil pertemuan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bulan lalu.

"Peruntukan ini diluluskan kerajaan untuk kepentingan kira-kira 4,000 Orang Asli di 14 buah kampung di Pos Senderut yang mengalami kesukaran berulang alik ke bandar," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan guru dan ibu bapa di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Koyan, dekat sini kelmarin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dedah masalah pada Sembang Petang

Posted:

Dedah masalah pada Sembang Petang


MOHD. Hazmi Yusof (kiri) menyampaikan sijil Desa Cemerlang kepada Abdul Razak Awang Ngah pada program Sembang Petang yang diadakan di sebuah gerai di Kampung Cherating, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 6 April – Program Sembang Petang anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berlangsung di Kampung Cherating dekat sini baru-baru ini memberi peluang kepada penduduk mengutarakan permasalahan mereka kepada pihak kerajaan.

Kira-kira 150 penduduk hadir pada program yang berlangsung di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan. Mereka membangkitkan beberapa masalah kepada Pengerusi Majlis Pembangunan Masyarakat dan Keluarga (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.

Antara isu yang dibangkitkan membabitkan keadaan jalan menuju ke jeti nelayan, naik taraf Pusat Anyaman Mengkuang dan keperluan pembinaan sebuah gelanggang futsal bagi kemudahan para belia di kampung tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan