Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Tahanan kes rompak lolos dari lokap mahkamah

Posted:

Tahanan kes rompak lolos dari lokap mahkamah


Anggota polis memeriksa kenderaan untuk mencari orang kena tuduh (OKT) (gambar kecil) yang terlepas semasa dalam tahanan di Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 6 April - Seorang tahanan yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan pisau meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mohd. Rezuan Abdul Rahman, 32, dipercayai melarikan diri kira-kira pukul 8.20 pagi ketika anggota polis meminta kesemua tahanan yang baru tiba dari Penjara Sungai Buloh itu menyimpan barangan mereka di laci tahanan bawah tanah sebelum dibawa naik ke mahkamah untuk perbicaraan.

Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari kira-kira empat minit kemudian ketika anggota polis mengira jumlah tahanan itu semula.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sindiket jual bayi tumpas, dua bayi diselamatkan

Posted:

Sindiket jual bayi tumpas, dua bayi diselamatkan

KLANG 6 April - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket menjual bayi yang bergiat aktif di daerah ini sejak tiga bulan lalu selepas menahan empat wanita, termasuk seorang warga Singapura yang lumpuh sebelah kaki dalam serbuan di sebuah restoran di Jaya Jusco Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi hasil maklumat awam itu, polis turut menyelamatkan dua bayi lelaki daripada empat bayi yang didagangkan oleh sindiket berkenaan. Dua lagi bayi dipercayai telah dijual.

Salah seorang bayi yang diselamatkan berusia 22 hari, dikenali sebagai Lee Kelvin dan mempunyai dokumen kelahiran serta pasport antarabangsa yang dibuat pada 19 Mac lalu. Seorang lagi bayi berusia tiga bulan tidak memiliki sebarang dokumen.

Susulan kejayaan itu, polis turut menahan pasangan suami isteri yang dipercayai ibu bapa kepada Lee Kelvin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan