Sabtu, 7 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Hapus PTPTN beban rakyat'

Posted: 07 Apr 2012 06:21 PM PDT

Nasional

NAJIB  melihat buku Misteri Etnik Malaysia sambil diperhati, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah (dua dari kiri) Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad dan NSTP, Datuk Ahmad A Talib (tiga dari kiri), Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid (kanan) dan Pengarang Eksekutif Berita, Berita Harian, Norhayati Md Said (kiri) di gerai pameran NSTP di Stadium Batu Pahat, Batu Pahat, semalam.

NAJIB melihat buku Misteri Etnik Malaysia sambil diperhati, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah (dua dari kiri) Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad dan NSTP, Datuk Ahmad A Talib (tiga dari kiri), Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid (kanan) dan Pengarang Eksekutif Berita, Berita Harian, Norhayati Md Said (kiri) di gerai pameran NSTP di Stadium Batu Pahat, Batu Pahat, semalam.

Pembayar cukai pendapatan terpaksa tanggung kos RM43 bilion: Najib

BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangan menghapus kira pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi janji baru pembangkang memerlukan rakyat menanggung RM43 bilion menerusi pembayaran cukai. Perdana Menteri menegaskan, jika langkah itu diambil, ia akan meningkatkan beban pembayar cukai pendapatan kerana tiada negara di dunia yang menanggung sepenuhnya kos pendidikan tinggi.

Kalau PTPTN nak dihapuskan, ia menelan kos RM43 bilion. Hanya tiga negara di dunia yang tanggung sepenuhnya pengajian di universiti termasuk Norway tetapi mengenakan cukai pendapatan yang tinggi. - Datuk Seri Najib Razak

"Kalau PTPTN nak dihapuskan, ia menelan kos RM43 bilion. Hanya tiga negara di dunia yang tanggung sepenuhnya pengajian di universiti termasuk Norway tetapi mengenakan cukai pendapatan yang tinggi.

"Adakah kita sebagai pembayar cukai sedia dikenakan cukai pendapatan yang tinggi semata-mata mahu menghapus kira PTPTN. Tentu ini tidak adil sama sekali kerana akan membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Janji Dikota (JJD) peringkat kebangsaan yang bermula di Stadium Batu Pahat, semalam.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Perdana Menteri mengulas janji baru pembangkang yang cuba meraih perhatian rakyat bagi mendapatkan sokongan serta undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, meskipun banyak janji mereka di negeri yang sedang diperintah ketika ini gagal ditunaikan selepas mendapat mandat.

Najib menegaskan kos pembelajaran setiap pelajar yang diterima memasuki universiti awam negara ini sudah ditanggung sehingga 90 peratus oleh kerajaan.
Beliau berkata, kos tinggi yang ditanggung kerajaan itu menyebabkan hanya 10 peratus kos pembelajaran terpaksa ditanggung setiap pelajar menerusi pembiayaan oleh pinjaman PTPTN.

"Tentu tidak adil sama sekali untuk membebankan rakyat kerana yang masuk universiti sudah 90 peratus ditanggung oleh kerajaan, sedangkan hanya 10 peratus dibiayai menerusi PTPTN.

"Kalau nak dihapuskan ia tentu memberi beban kepada rakyat lain sedangkan ia bagi menanggung sedikit yuran serta kos sara hidup setiap pelajar," katanya.

Transformasi sekolah luar bandar

Posted: 07 Apr 2012 03:19 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN diiringi  Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Temiang Renchong, Pagoh, semalam.

MUHYIDDIN diiringi Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Temiang Renchong, Pagoh, semalam.

Kajian dibuat kenal pasti jurang pencapaian dengan pelajar bandar

PAGOH: Kementerian Pelajaran akan membuat kajian rapi bagi mengenal pasti punca atau masalah dihadapi sekolah luar bandar berikutan masih wujud jurang dengan sekolah bandar yang lebih cemerlang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang terbaik dalam tempoh lima tahun, ruang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar masih besar.

"Saya mahu lancarkan program transformasi sekolah luar bandar, supaya dalam beberapa tahun akan datang, jurang yang memisahkan itu dapat dirapatkan," katanya berucap merasmikan majlis jalinan mesra warga pendidikan dan perasmian dewan sekolah Parlimen Pagoh, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, kajian akan melihat punca pencapaian sekolah luar bandar masih rendah dan hasilnya diharap berupaya mengurangkan jurang antara dua kategori sekolah berkenaan.

"Apakah sekolah bandar lebih baik daripada aspek infrastrukturnya, apakah guru di sekolah bandar lebih mahir dan apakah anak pelajar di bandar lebih mahir.

"Ia tidak semestinya kerana sudah terbukti sejak beberapa tahun lalu, keputusan pelajar luar bandar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga agak baik, sebab itu perlu ambil inisiatif lebih daripada biasa supaya boleh meningkatkan pencapaian ini ke tahap lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata, pihaknya mahu melihat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, tiada lagi jurang pemisah antara sekolah luar bandar dan bandar kerana kerajaan tidak pernah membezakannya dalam aspek kualiti pendidikan.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan dakwaan pekan Danok di Thailand berdepan ancaman serangan pengganas perlu diberi perhatian serius oleh rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke negara itu.

"Ini amaran serius dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu buat kenyataan lebih tepat dan jika sudah ada amaran sebegitu, kita harus pandang berat.
"Apa yang berlaku ini bukan saja satu pengajaran tetapi ancaman serius. Kita boleh pergi ke tempat lain lebih selamat seperti bercuti dalam negeri kerana Malaysia antara tempat terselamat di dunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan