Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Rumah Anggun pusat fesyen

Posted:

Rumah Anggun pusat fesyen

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian pelajar kursus rekaan fesyen yang mendapat pendedahan di Rumah Anggun bergaya bersama baju rekaan masing-masing dalam pertunjukan fesyen anjuran Yayasan Pahang di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 4 April - IKIP Advanced Skills Centre (IASC) di sini baru-baru ini mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah butik pakaian yang dinamakan Rumah Anggun untuk pelajar jurusan rekaan fesyen menjalani latihan.

Rumah Anggun memberi peluang kepada pelajar jurusan rekaan fesyen menghasilkan rekaan terkini selain dapat menimba pengalaman berurusan secara langsung dengan pelanggan.

Penolong Pengurus Pemasaran IASC, Rosmawati Abdullah berkata, selain dapat melatih pelajar dalam bidang itu Rumah Anggun juga memberi peluang bekerja secara sambilan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Prospek kerjaya dorong ikuti kursus rekaan

Posted:

Prospek kerjaya dorong ikuti kursus rekaan


Pensyarah Rekaan Fesyen IASC, Faridah Ahmad, memberi tunjuk ajar kepada seorang pelajarnya pada bengkel jahitan di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 4 April - Kursus rekaan fesyen terus menarik minat para lepasan sekolah berikutan prospek kerjaya yang cerah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Seorang pelajar kursus rekaan fesyen di IKIP Advanced Skills Centre (IASC) di sini, Syahirah Sulaiman, 19, berkata, dia memilih bidang itu kerana minat yang terlalu mendalam.

Katanya, selain berminat menjadi seorang pereka fesyen terkemuka suatu hari nanti, dia juga bercita-cita memiliki sebuah butik pakaian.

"Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai impian ini dan akan menggunakan segala ilmu yang diperoleh dalam kerjaya nanti," katanya.

Seorang lagi pelajar, Nur Fatihah Mohamed Taib, 20, pula berkata, pereka fesyen adalah cita-citanya sejak di bangku sekolah rendah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Gajah liar ancam peneroka

Posted:

Gajah liar ancam peneroka

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


BEBERAPA peneroka menunjukkan pokok sawit yang tumbang akibat pencerobohan sekumpulan gajah liar di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, semalam.


JERANTUT 4 April - Kemunculan sekumpulan gajah liar sejak dua hari lalu di kawasan ladang sawit Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini menyebabkan para peneroka kini hidup dalam kebimbangan.

Kumpulan gajah berkenaan dipercayai terdiri daripada lapan hingga 10 ekor telah menceroboh masuk ladang itu dan memusnahkan tanaman sawit serta kebun pisang menyebabkan peneroka terbabit menanggung kerugian yang besar.

Kumpulan gajah itu mula dikesan sejak dua hari lalu berikutan 10 batang pokok sawit muda di blok 17 dan 20 Felda berkenaan yang terletak berdekatan pinggir hutan simpanan kerajaan musnah dirosakkan haiwan berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan