Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Perbicaraan ahli perniagaan didakwa tipu Pengarah NFCorp ditangguh 21 Mei

Posted:

Perbicaraan ahli perniagaan didakwa tipu Pengarah NFCorp ditangguh 21 Mei

KUALA LUMPUR 4 April - Perbicaraan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membabitkan pemberian cek bernilai RM1.75 juta yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke 21 Mei ini.

Penangguhan kes terhadap Datuk Shamsubahrin Ismail, 45, bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti surat representasi yang dihantar oleh tertuduh itu pada pertengahan Mac lalu.

Menurut Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, pada tarikh tersebut, mahkamah akan dimaklumkan sama ada pihaknya berhasrat meneruskan perbicaraan kes itu atau menggugurkan pertuduhan.

Selain itu, penangguhan tersebut dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozilah Salleh selepas Abdul Razak memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) di antara Shamsubahrin dengan beberapa pihak yang terlibat dalam kes itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pendakwaan gagal bukti intipati

Posted:

Pendakwaan gagal bukti intipati

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada satu pun daripada empat intipati utama pertuduhan berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Peguam, Manjeet Singh Dhillon semasa berhujah di akhir kes pendakwaan berkata, tiada sebarang bukti secara langsung menunjukkan berlakunya pembunuhan terhadap keempat-empat mangsa antara pukul 8.30 malam dan 9.35 malam, 30 Ogos 2010.

Apatah lagi untuk mengatakan kesemua tertuduh adalah orang yang melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjong Sepat, Banting dekat sini.

''Ia boleh dikatakan secara kategori di peringkat ini bahawa tiada sebarang bukti secara langsung terhadap keempat-empat intipati itu, tidak ada satu pun. Tidak ada seorang saksi pun yang memberi keterangan berhubung satu daripada intipati penting itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan