Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Myanmar akan contohi China?

Posted:

Myanmar akan contohi China?

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Aung San Suu Kyi meninggalkan ibu pejabat NLD selepas berucap kepada wartawan dan penyokongnya di Yangon, baru-baru ini.


LAPORAN awal kemenangan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk kerusi Parlimen kawasan Kawhmu dalam pilihan raya kecil kelmarin bagaikan tukul kepada pahat yang semakin menghakis kuasa kerajaan bayangan junta tentera.

Dengan kemenangan di 112 daripada 129 pusat pengundian iaitu di 29 daripada 30 kampung, Suu Kyi dan parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinannya dijangka akan terus menggerakkan agenda demokrasi penuh di negara itu kelak.

Kiraan awal turut mengesahkan NLD telah memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil itu setakat ini.

Pilihan raya kecil Myanmar itu dilihat memberi peluang kepada bekas tahanan politik itu untuk menjadi ahli Parlimen buat pertama kalinya dan mengetuai blok kecil pembangkang di dalam Parlimen Myanmar. Kerajaan baru yang dikatakan telah menggantikan pemerintahan junta tentera bagaimanapun masih belum mengesahkan kemenangan Suu Kyi, satu proses yang mungkin akan mengambil masa selama satu minggu untuk diluluskan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kumpulan '69' dalam politik

Posted:

Kumpulan '69' dalam politik

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

BISIKAN Pilihan Raya Umum (PRU) ligat kedengaran walaupun spekulasi tarikh berbeza mengikut pandangan setiap pihak. Walaupun ramai menyatakan Jun sebagai pilihan, tidak kurang juga mengandaikan apa yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah menguji tahap 'kesediaan' melihat keberkesanan jentera PRU atau pusingan pertama dalam strategi pemahaman ke atas situasi sebenar sebelum melakukan pengukuhan ke atas sebarang kelemahan.

Ada pula bertanggapan kini September atas semangat sambutan Hari Raya Aidil Fitri lebih baik tilikan kerana Jun sudah diramal ramai dan memandangkan Najib mempunyai kuasa mutlak dalam penentuan tarikhnya, sudah pasti beliau akan membuat sesuatu yang berlainan. Ada juga sudah berubah pendirian dengan menyuarakan April 2013 lebih baik supaya lebih banyak siri lawatan dan 'Operasi Bongkar' dapat dilakukan untuk menunjukkan tahap lasak jentera sendiri dalam melemahkan motivasi lawan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan