Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pemandu sebab kematian Rafizi didakwa

Posted:

Pemandu sebab kematian Rafizi didakwa

KUALA LUMPUR 2 April – Pemandu kereta yang dikecam ramai kerana menyebabkan kematian seorang ahli Kelab Basikal LeTua, Rafizi Hamdan dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Lingkaran Tengah 2, dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.

Mohd. Nabil Azhar Yahya Arif, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman atas tuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian Rafizi, 37.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Kelang, Ampang Jaya, di sini pada pukul 7.45 pagi, 18 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RN20,000, jika sabit kesalahan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Permohonan injunksi lapan peneroka ditolak

Posted:

Permohonan injunksi lapan peneroka ditolak

KUANTAN 2 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan injunksi oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya hari ini menolak injunksi tersebut dengan kos yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.

Peguam Mohd. Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka itu ketika ditemui pemberita berkata, permohonan tersebut ditolak atas beberapa sebab antaranya ialah Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dibuat pada 22 Februari lalu hanya satu perbincangan dan bukan satu keputusan.

"Selain itu mahkamah juga berkata dakwaan peneroka terbabit hanya satu spekulasi dan khabar angin sebab tidak dapat dibuktikan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan