Isnin, 9 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Posted:

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saiful73my@gmail.com

KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.

Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bola sepak bina negara bangsa

Posted:

Bola sepak bina negara bangsa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ceria melihat jersi Cardiff City yang tertera nama beliau dan disampaikan oleh Chan Tien Ghee (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Shabery Cheek pada pelancaran Liga 1MCC-Astro Kem Bola di padang Institut Penyelidikan Getah, Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 8 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bola sepak bukan sekadar sukan tetapi industri yang menyumbang kepada pembinaan negara bangsa melalui nilai ekonomi dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, sumbangan itu khususnya dari segi perpaduan antara rakyat yang akan lebih ketara jika pasukan bola sepak kebangsaan berjaya melangkah ke Sukan Olimpik atau yang lebih besar ke Piala Dunia.

Jelas beliau, bagi mencapai tujuan itu, kualiti bola sepak negara perlu dipertingkatkan dan ia boleh dilaksanakan menerusi pembangunan terancang di peringkat akar umbi sebagaimana dibuktikan melalui Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ancaman jenayah siber

Posted:

AKIBAT cinta, nafsu dan kepercayaan membuatkan rakyat negara ini mudah terdedah kepada jenayah siber dengan kerugian mencecah lebih RM49.46 juta setahun.

Walaupun tidak pernah bersua muka mahupun mengenal hati budi dan latar belakang mereka, namun kebanyakan mangsa yang merupakan golongan wanita hanyut dibuai lamunan indah si penjenayah.

Dengan dihidangkan dengan kata-kata dan janji-janji manis penjenayah dan juga gambar profil seorang lelaki kacak persis model membuat sesiapa sahaja jatuh hati.

Semuanya bermula di laman sosial, berkenalan dan akhirnya berhubung melalui telefon dan emel mengakibatkan mangsa mudah tertipu lebih-lebih lagi mereka telah jatuh cinta pada si penipu tersebut.

Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar IRWAN MAJID menyingkap jenayah di sebalik pergantungan dunia terhadap laman sosial yang akhirnya mengundang padah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan