Utusan Online - Timur |
- Rumah arwah bapa hangus
- Kepakaran ilmu dalam agensi perlu disatukan untuk kejayaan
- 52 guru tadika diberi pendedahan masalah kesihatan umum
| Posted: Rumah arwah bapa hangusOleh YATIMIN ABDULLAH ![]() ANGGOTA bomba mencari bukti punca kebakaran selepas berjaya memadamkan api yang memusnahkan rumah Natrah Awang di Kampung Kijang, semalam. - UTUSAN/ROSNI MASRI KOTA BHARU 8 April - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, mangsa, Natrah Awang, 39, hanya sempat menyelamatkan dokumen penting manakala semua barangan lain termasuk pakaian musnah. Menurutnya, ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah manakala suaminya, Azlin Mohammad, 40, yang bekerja sebagai pemandu bas keluar bekerja. "Saya kemudian masuk ke dapur dan terkejut apabila melihat api sedang marak. "Terkejut dengan kejadian itu, saya berlari keluar dan hanya sempat menyelamatkan dokumen penting sahaja kerana api marak dengan cepat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
| Kepakaran ilmu dalam agensi perlu disatukan untuk kejayaan Posted: Kepakaran ilmu dalam agensi perlu disatukan untuk kejayaanBESUT 8 April - Ilmu yang dimiliki oleh setiap anggota dalam agensi penguatkuasaan, pertahanan dan keselamatan perlu disatukan untuk membentuk keamanan dalam masyarakat. Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, adalah satu kerugian sekiranya sumber kepakaran manusia tidak berjaya disatukan dan membiarkan setiap pihak bekerja secara sendirian. "Untuk itu, polis akan berganding bahu dengan masyarakat dan bekerjasama dengan agensi keselamatan bagi memastikan hasil yang lebih baik diperoleh di masa depan dan di samping itu ia dapat menjimatkan perbelanjaan serta mengelakkan pembaziran sumber tenaga," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap merasmikan Program Bina Semangat anjuran Kementerian Dalam Negeri membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Dewan Perumahan PDRM di Kampung Raja, semalam. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
| 52 guru tadika diberi pendedahan masalah kesihatan umum Posted: 52 guru tadika diberi pendedahan masalah kesihatan umumKOTA BHARU 8 April - Seramai 52 guru taman didikan kanak-kanak (tadika) di negeri ini mendapat pendedahan mengenai masalah umum kesihatan kanak-kanak sempena Seminar Kesedaran Pengesanan Awal Masalah Kesihatan dan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains (USM), di sini semalam. Guru-guru terbabit didedahkan mengenai masalah pembelajaran seperti autisme dan disleksia, pendengaran, penglihatan, kecederaan akut dan masalah kesihatan umum, antaranya demam panas atau batuk serta selesema. Empat pakar termasuk dari Jabatan Otorinolaringologi, Oftamologi, kecemasan dan kanak-kanak mengendalikan seminar berkenaan. Pengarah seminar, Dr. Ramiza Ramza Ramli memberitahu, banyak masalah pembelajaran kanak-kanak boleh dikenal pasti lebih awal. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan