Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Tanggung kos RM43 bilion

Posted:

Tanggung kos RM43 bilion

Oleh LUQMAN HAZIQ dan AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berucap pada Program Jelajah Janji Ditepati yang turut dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (kanan) di pekarangan Stadium Batu Pahat, Johor semalam. - MINGGUAN/NASIRRUDDIN YAZID


BATU PAHAT 7 April - Kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya dimansuhkan seperti janji yang dibuat oleh pihak pembangkang jika mereka memerintah, ia akan menjadi beban kepada kerajaan.

"Saya nak bagi tahu, PTPTN kalau dimansuhkan kerajaan akan menanggung kos RM43 bilion. Ada tiga sahaja kerajaan yang buat dan salah satu adalah Norway.

"Tapi di Norway, kadar cukai yang dikenakan kepada rakyat pula sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu membebankan rakyat dengan menaikkan cukai," katanya semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Semua dasar, perancangan berpaksikan rakyat

Posted:

Semua dasar, perancangan berpaksikan rakyat

BATU PAHAT 7 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berjaya membawa kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat kerana sentiasa melaksanakan dasar serta mengadakan perancangan berpaksikan kepada kepentingan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, dua rahsia besar bagi mencapai sasaran tersebut adalah semua dasar dan perancangan yang dilakukan kerajaan BN berpaksikan rakyat serta sentiasa menepati janji yang diberikan.

"Rahsia yang pertama ialah kita tidak pernah lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa jua yang kita lakukan.

"Dan hari ini rakyat didahulukan. Gagasan ini akan diteruskan untuk meletakkan kepercayaan dan sokongan rakyat," katanya semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Norhidayah,ibu ucap terima kasih kepada Perdana Menteri

Posted:

Norhidayah,ibu ucap terima kasih kepada Perdana Menteri


NORHIDAYAH (kanan) bersama ibunya Khatijah di Kampung Kuala Mai, Kuala Krau, baru-baru ini.


TEMERLOH 7 April - Seorang wanita dari Kuala Krau di sini yang berjaya menemui ibunya menerusi program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) hari ini berkesempatan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

Norhidayah Awang, 27, meluangkan masa selama 15 minit di lobi Hotel Seri Malaysia di sini untuk bertemu dan berterima kasih kerana ilham Perdana Menteri mewujudkan BR1M membolehkannya bertemu dengan ibunya yang terpisah selama 21 tahun.

Dia bersama ibunya, Khatijah Jaafar, 49, berasa terharu dan gembira dengan kesudian Perdana Menteri meluangkan masa bertemu mereka.

"Hari ini merupakan sejarah dalam hidup saya kerana dapat bertemu dengan pemimpin nombor satu negara walaupun hanya 15 minit tetapi ia pengalaman bermakna.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan