Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


1Polis 1Masjid dikembangkan

Posted:

1Polis 1Masjid dikembangkan

BESUT 7 April - Program 1Polis 1Masjid yang dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini bakal diaplikasikan di setiap ibu pejabat polis kontinjen (IPK) di negara ini tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, ini kerana program itu terbukti mampu mengeratkan hubungan di antara masyarakat dengan polis.

Katanya, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati program itu menarik kerana berjaya mencapai objektifnya dalam membantu mengurangkan kadar jenayah.

"Sejak ia dilaksanakan dua tahun lalu, program ini berjaya menerapkan sikap positif masyarakat untuk berdamping dengan polis bagi memerangi jenayah.

"Polis juga sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai status keselamatan di kampung-kampung menerusi perjumpaan dengan ahli masyarakat di masjid selepas waktu bertugas," kata beliau.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tengku Mahkota rasmi Program Cakna Wanita

Posted:

Tengku Mahkota rasmi Program Cakna Wanita


Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Program Cakna Wanita dan Kanak-kanak di Kota Bharu, semalam. - MINGGUAN/YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 7 April- Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra hari ini berkenan berangkat merasmikan Program Cakna Wanita dan Kanak-kanak sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini.

Turut mengiringi baginda ialah adindanya, Tengku Amalin A'ishah Putri; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasaruddin Daud; Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zain dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Ibrahim.

Baginda turut berkenan menyampaikan bantuan kepada 150 pelajar termasuk warga miskin di seluruh negeri.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Pesta konvo PSMZA hari ini

Posted:

Pesta konvo PSMZA hari ini

DUNGUN 7 April - Sempena majlis konvokesyen kesembilan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini Selasa depan, Pesta Konvokesyen akan diadakan di kampus berkenaan selama tiga hari mulai esok.

Pengarahnya, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi berkata, pesta tahunan itu bagi meraikan kejayaan graduan menimba ilmu dan kemahiran.

Di samping itu katanya, ia bagi mendekatkan PSMZA dengan masyarakat agar lebih mengenali institusi yang melahirkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang industri di negara ini.

"Selain 50 gerai pameran dan jualan yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, pelbagai kegiatan menarik bagi memeriahkan suasana diatur termasuk persembahan nyanyian oleh penyanyi Yasin pada malam hari pertama secara percuma.

"Pada hari kedua mulai 11 pagi hingga 5 petang akan diadakan demonstrasi kereta drift di tapak letak morosikal PSMZA manakala pada malamnya ditampilkan Juara Imam Muda musim pertama, Asyraf ," ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan