Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Nizar 'telan ludah' sendiri

Posted:

Nizar 'telan ludah' sendiri

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my

IPOH 4 April - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Wan Azizah diminta berundur jika enggan nyata pendirian

Posted:

Wan Azizah diminta berundur jika enggan nyata pendirian

KUALA LUMPUR 4 April - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berundur daripada bidang politik jika masih enggan menyatakan pendirian berhubung dakwaan salah laku moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, Wan Azizah bertanggungjawab untuk menjelaskan isu-isu tersebut kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR.

''Kalau tidak berani buat penafian, Wan Azizah perlu meninggalkan bidang politik agar beliau boleh menjadi isteri sepenuh masa.

''Beliau sewajarnya menjawab sama ada tuduhan yang dibangkitkan terhadap Anwar itu benar atau tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saidatul Badru berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah terhadap dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung skandal moral Anwar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan