Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Keluhan peniaga festival pengantin

Posted:

Keluhan peniaga festival pengantin

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS pengarang@utusan.com.my


ANTARA peniaga yang menyertai Festival Malaysia Ke-11 yang mendakwa ditipu menunjukkan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 7 April - Bayaran sudah dibuat tetapi tidak dibenarkan masuk untuk berniaga.

Begitulah situasi yang dialami lebih 80 peniaga Festival Pengantin Malaysia ke-11 yang kecewa apabila tidak dibenarkan masuk ke Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dipercayai kerana kegagalan pihak penganjur festival menjelaskan bayaran kepada pengurusan PWTC.

Kesemua peniaga hanya dibenarkan masuk kira-kira pukul 12.30 tengah hari, sedangkan festival itu dijadualkan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari bermula semalam.

Difahamkan, penganjur festival itu gagal melunaskan bayaran sewa yang dikenakan untuk tiga hari pameran sebanyak RM130,000 kepada pengurusan PWTC, menyebabkan pintu dewan itu tidak dibuka pada waktu yang ditetapkan.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Bas terbabas: Lapan penumpang cedera

Posted:

Bas terbabas: Lapan penumpang cedera

KUALA LUMPUR 7 April - Seramai lapan penumpang sebuah bas henti-henti cedera ringan setelah kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini hari ini.

Bas Sri Indah yang dalam perjalanan dari Kajang ke Pasar Seni di sini dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi sebelum melanggar tiang lampu isyarat dan konkrit jejambat berdekatan.

Rempuhan itu mengakibatkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk dan lapan penumpang, lima wanita dan tiga lelaki cedera ringan.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, pemandu bas berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Pos Malaysia lancar perkhidmatan baharu

Posted:

Pos Malaysia lancar perkhidmatan baharu

SHAH ALAM 7 April – Pos Malaysia Berhad melancarkan perkhidmatan terbarunya, Kotak dan Sampul Prabayar PosLaju yang memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menghantar barangan dan dokumen dengan kos yang amat berpatutan.

Dengan harga bermula RM6 untuk sampul prabayar seberat 500 gram dan RM13 untuk kotak prabayar seberat dua kilogram, perkhidmatan itu menyasarkan pengusaha perniagaan dalam talian sebagai pelanggan utama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khalid Abdol Rahman (gambar) berkata, perkhidmatan itu memang mudah dan menjimatkan kerana pelanggan hanya membayar satu harga untuk pembungkusan dan pos.

Beliau berkata, tiga saiz kotak ditawarkan iaitu dua, lima dan 10 kilogram manakala sampul surat pula terdapat dalam dua saiz iaitu 500 gram dan satu kilogram.

Menurut beliau, buat masa ini perkhidmatan itu hanya untuk penghantaran di Semenanjung dan akan dikembangkan di Sabah serta Sarawak tidak lama lagi.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan