Sabtu, 7 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Impian Najib

Posted: 06 Apr 2012 11:37 AM PDT

MukaDepan

Malaysia jadi negara Islam pertama dunia capai status maju

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengajak golongan agama bersamanya merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara Islam pertama di dunia yang mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya ada satu impian... Malaysia ini negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju," kata Perdana Menteri.

Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam. - Datuk Seri Najib Razak

Beliau berkata, kemajuan ekonomi yang dicapai negara akan turut memberi faedah kepada agama Islam yang diletakkan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan negara.

"Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam," katanya pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Agama dan Kariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Kira-kira 5,000 imam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, guru agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menyertai perhimpunan itu.

Najib berkata, pada masa ini, maklum balas yang diterimanya daripada pelbagai pihak sama ada di dalam atau luar negara ialah Malaysia menjadi negara Islam contoh sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam.
Beliau berkata, dua faktor utama menyebabkan persepsi umum yang positif terhadap Malaysia itu ialah agama Islam dibela di negara ini sejak ia dibentuk oleh pengasas terdahulu, terutama menyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi.

"Dengan sendirinya apabila kita membuat keputusan itu (Islam agama rasmi), maka kita dapat menepati, yakni dalam Islam tidak ada yang lebih indah, tidak ada yang lebih mulia dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam itu sendiri, ini telah dapat kita lakukan untuk negara Malaysia.

"Jadi, kalau ada orang yang membawa pendapat pluralisma, maka dengan sendirinya ia bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan yang telah diperjuangkan oleh pengasas negara kita," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menjadikan agenda membangunkan ummah dan meningkatkan Islam sebagai agenda utama negara yang kini dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.

Antara kesan kepada penekanan agenda Islam di negara ini, katanya, dapat dilihat dalam pembangunan ekonomi, sosial, institusi ilmu dan politik yang menyaksikan segala pelaksanaan tidak tergelincir dari ajaran Islam.

Najib berkata, ketinggian agama Islam juga dipelihara dengan mewujudkan undang-undang tertentu untuk menjaga soal akidah umat bagi mengelak perbuatan memperkotak-katikkan akidah umat Islam sewenang-wenangnya.

"Tiada siapa boleh mempersendakan istilah Islam sekali pun kerana kita ada undang-undang tertentu (yang) mempertahankan (Islam daripada) perbuatan seperti itu... itulah perjuangan yang kita lakukan selama ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KLCC - Lady Roses

i tetap sokong PM kita....untuk mencapai status maju dlm apa jua demi negara kita yg aman makmur ni....marilah kita semua sama2 pelihara akan keharmonian Malaysia tercinta...jgn kita rosakkan dgn gejala yg tidak elok....

mohamad isnin

mmg benar islam wajib berada di kedudukan yg tinggi seiring dgn kejayaan meningkatkan ekonomi.bersatula wahai umat MUHAMMAD yang menyembah pd yang Esa.Smoga negara MALAYSIA terus aman dan damai...isnyAllah.

dzan68

Tahniah! Doa dan harapan saya rakyat memahami dan menyokong impian murni ini. Semoga Allah memberkati usaha yg sangat dituntut ini.

Wakil pelajar dan staf USIM

Kami warga universiti sains islam malaysia menyokong dan mendukung penuh hasrat dan cita-cita YAB PM yang murni itu. Insya Allah, Malaysia negara Islam maju bukan sesuatu yang mustahil utk dicapai.

dzan68

Tahniah! Satu cita2 yg sangat murni. Marilah sama2 kita rakyat malaysia berganding bahu bagi merealisasikan impian murni ini demi agama & bangsa yg tercinta. Saya berdoa agar ianya menjadi kenyataan suatu masa nanti. Thanks Najib...perjalanan yg jauh bermula dengan langkah pertama...

abdul rahman tahir

insyaallah saya sokong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan