Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Medan Selera Bangsar terabai

Posted:

Medan Selera Bangsar terabai

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
utusankota@utusan.com.my


SALAH sebuah gerai makan yang beroperasi di Medan selera Bangsar, Kuala Lumpur hanya dikunjungi oleh pelanggan tetap yang terdiri daripada mereka yang bekerja di sekitar kawasan itu.


KUALA LUMPUR 5 April - Lokasi Medan Selera Bangsar yang menghadap Jalan Maarof serta terletak di sebelah belakang pusat beli-belah Bangsar Village sangat strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan komersial.

Namun begitu, medan selera tersebut kelihatan sepi dan tidak terjaga serta hampir separuh lot-lot kedai di situ tidak beroperasi.

Keadaannya tidak terjaga dan kotor serta sink yang tidak berfungsi.

Sepatutnya medan selera itu disenggara kerana ia merupakan tempat makan utama bagi orang ramai yang bekerja di kawasan sekitar yang mahukan makanan yang lebih murah berbanding restoran-restoran berhampiran.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Syabas rugi RM378,898

Posted:

Syabas rugi RM378,898

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


KAKITANGAN Syabas memotong kepingan besi yang menutupi longkang yang terdapat sambungan paip haram di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 April - Kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew di sini mencuri air selama kira-kira setahun akhirnya terbongkar setelah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) curiga dengan bil air pusat itu yang menurun secara mendadak iaitu daripada RM800 hingga RM1,000 kepada RM100 hingga RM300 sahaja sebulan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, siasatan mendapati, premis itu telah membuat penyambungan tidak sah dari paip utama iaitu sebelum meter milik premis dengan menggunakan paip polyurethane berukuran 50 milimeter.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Lampu jalan tidak berfungsi, punca jenayah berlaku

Posted:

Lampu jalan tidak berfungsi, punca jenayah berlaku


Ben Liew (barisan depan, empat dari kanan) dan seorang penduduk menunjukkan salinan laporan mengenai kejadian jenayah yang pernah berlaku di Taman Mawar, Ampang baru-baru ini.


AMPANG 5 April - Lampu jalan yang tidak berfungsi di Taman Mawar di sini menyebabkan penduduk di kawasan itu bimbang dengan risiko berlakunya peningkatan kegiatan jenayah.

Malah, penduduk mendakwa, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengenai masalah tersebut, namun tiada tindakan atau maklum balas diberikan.

Mereka mendakwa, perlakuan jenayah berlaku hampir setiap hari di kawasan tersebut antaranya ragut, pecah kereta dan rompak.

Seorang penduduk, Yap Yoke Chiew, 55, berkata, dia kini sentiasa berjaga-jaga kerana anaknya pernah diragut di hadapan rumah ketika pulang dari tempat kerja.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan