Khamis, 5 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tujuh syor BERSIH diterima

Posted: 04 Apr 2012 03:28 PM PDT

MukaDepan

Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya cuma tolak kempen terlalu lama 21 hari

KUALA LUMPUR: Tujuh daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya di Parlimen kelmarin.Ahli Jawatankuasa PSC, P Kamalanathan, ketika menjelaskan perkara itu, berkata hanya tuntutan BERSIH mengenai tempoh berkempen selama 21 hari saja tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia terlalu lama yang pastinya akan meningkatkan kos. Bagaimanapun tempoh sekarang dipanjangkan daripada tujuh ke 10 hari.


Semalam, Pengerusi Bersama BERSIH, Tan Sri A Samad Said pada sidang medianya berkata, BERSIH tetap akan mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai bantahan terhadap keputusan PSC itu.

Kamalanathan berkata, sepatutnya BERSIH memberi ruang kepada SPR melaksanakan pembaharuan bukan menggagalkannya.

"PSC juga mengemukakan cadangan bagi memperkasakan SPR selaras tuntutan mereka tetapi mereka tetap tidak berpuas hati," katanya.
Beliau berkata, pada sesi pendengaran awam, pandangan orang ramai turut diambil kira bukan saja pandangan BERSIH.

Semalam akhbar melaporkan, Parlimen meluluskan semua 22 cadangan yang dikemukakan PSC bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini tanpa dibahaskan ekoran kekecohan yang ditimbulkan wakil rakyat pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan pembangkang yang dipimpin ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai keputusan Dewan Rakyat yang menolak laporan minoriti.

Mengulas perkara itu, Kamalanathan berkata Dewan Rakyat perlu membuat keputusan untuk memilih salah satu syor yang dikemukakan dan laporan PSC juga turut menyelitkan cadangan dikemukakan pembangkang.

"PSC tidak meminggirkan cadangan pembangkang walaupun laporan minoriti tidak di masukkan, setiap cadangan dan syor dikemukakan, kita akan selitkan apa cadangan daripada pembangkang dan berapa yang menyokong dan menolak cadangan itu.

"Berhubung daftar induk pemilih, pembangkang membangkitkan mengenai 42,000 pemilih meragukan, PSC mengambil kira pandangan ini dan kita cadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi kuasa menyingkirkan senarai nama pemilih berkenaan, kerana hari ini SPR tidak boleh berbuat demikian tanpa bukti sokongan kukuh menyatakan pemilih berkenaan sudah tiada," katanya.

Beliau berkata, tidak wajar bagi BERSIH dan pembangkang untuk menjadikan perkara berkenaan sebagai isu untuk menganjurkan BERSIH 3.0 selain meminta kumpulan berkenaan mengemukakan bukti negara mana yang benar-benar memiliki senarai pemilih bersih.

Bahkan katanya, Amerika Syarikat yang maju dan canggih, tahun ini saja masih mempunyai 1.2 juta senarai pemilih meragukan.

Ditanya mengenai wakil pembangkang dalam jawatankuasa PSC, beliau berkata kumpulan berkenaan lebih gemar mengugut untuk keluar daripada jawatankuasa itu dan bukannya mencari jalan terbaik untuk menambah baik perjalanan sistem pilihan raya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amy

bagi pendapat saya, daripada membuang masa di jalanan bagus sumbang bakti pada negara. berfeadah lagi serta meningkatkan lagi ekonomi negara. tiada guna terpekik terlolong tidak mendatangkan feadah. hanya merugikan masa dan wang. fikir-fikirkan la

sonia

pada pandangan sayalah buat apa nak diikutkan sgt ckp pembangkang tu, membazir duit je yg penting telus, depa takut sbnrnya saja je cari jln tak baik nak menghuru-harakan negara yg sememangnya aman damai. lgpun kumpulan cerdik pandai dlm pembangkang semuanya dah keluar tak perlu lg dgn idea depa. Kami sebagai rakyat yg inginkan pemimpin yg bersih yg ada dlm kerajaan sdh ckp. tak perlu lyn kehendak depa lg.

mak bedah

buat la apa pn, bersih tu x akan puas hati....mereka akan puas klu menang PRU13

sukirman

kena bawa berbincang. jangan sebab bersih rakyat marah kerajaan

Pra Melayu

Satu perbezaan ketara antara pembangkang negara lain dengan negara malaysia. pembangkang malaysia tiada kualiti, hanya pandai memainkan satu issue untuk dipolitikkan..pembangkang hanya mahu berkuasa tetapi tidak komited untuk memperbaiki taraf hidup rakyat...

ramdin Ahmad

Begitulah kesudahannya apabila kita menyediakan ruang kepada mereka yang angkuh, ego tak sedar diri mereka akan berdalih, Bila keputusan dimuktamadkan adalagi bunyi tukul berbunyi tetapi tiada arah dan objektifnya. Bagi pendapat saya sebenarnya mereka hanya memainkan isu ini sebagai gimek politik. Walaupun mereka bukan parti politik. Seperti kata kamalanatahan wakil pembangkang gemar mengugut untuk keluar dari jawatankuasa dan bukan mencari jalan terbaik dan membantu isu berkenaan. .Tiada isu yang perlu dimainkan oleh pihak pembangkang , mereka hanya mencari isu yang boleh enggugat keharmonian , keamanan, di negara ini. Jika mereka benar-benar ahli politik yang bertanggungjawab mereka akan sama-sama membantu untuk membaiki kelemahan yang ada tetapi hanya merosakan segalanya hanya untuk memerintah. ia bukan ahli politik yang baik.
menegai bersih ni....mereka ni adalah alat parti pembakang sahaja kesian mereka yang berilmu berada dalam bersih.....tak tahu meletakkan ilmu itu ditempat yang sepatutnya,

perangpsiko

sebenarnya perhimpunan bersih ni tak lebih daripada perang psikologi nak menghasut rakyat bahawa kerajaan Malaysia yg memerintah ni penuh dengan korupsi...rakyat semua kena sedar dengan taktik kotor pembangkang..mereka mmg dulu, kini dan selamanya memainkan isu2 yg panas yg membakar emosi rakyat utk meraih undi...cuba tanya peserta demonstrasi bersih yg lepas2..apa yg mereka dah buat utk pembangunan negara kalau mereka benar2 warganegara yg bersih hati dan ikhlas dalam perjuangan??...tepuk dada tanya iman la...

suhaimi

Kami harap kerajaan jgn pendulikan sgt pemintaan pembangkang ni bikin pening kepala buang masa,mereka takut kalah teruk PRU 13,rakyat dah tahu.Buat perhimpunan pun setakat time 'office hours' je lepas tu balik tidor peluk bini,bukan sampai berbulan pun itu bermakna nak tunjuk nama muka je asal ada kerja, bikin menyampah je.

mangkuk...

Menyampah betul perangai mereka ini... Nape la x halau je dari malaysia orang2 yg bangkitkan suara2 anti kerajaan nie... dah larang banyak kali, masih nak buat lagi.....? SEMAK!

DINO

Memang kerja pembangkang suka membangkang walaupun dibuat sebagaimana baik sekalipun.Persetankan mereka, buatlah terbaik untuk rakyat. Rakyat akan menilai.

BANDUT

Mereka tu bukannya serius tetapi buat lawak untuk tarik perhatian

yafith bin mahmud

Saya kira telah banyak perkara yang PSC telah ambil kira tentang cadangan bersih dalam menambah baikan PRU. Namun sikap bersih tidak pernah berpuas hati malah mengugut kerajaan untuk berdemostrasi.Saya kira kerajaan tak perlu lagi melayan tuntutan Bersih yang amat melampau seolah olah mereka sahaja yang betul dan mereka adalah kumpulan yang tidak pernah berpuas hati walaupun dilayan secara baik.

ramlah

Buat apa kerajaan nak ikut cakap bersih elok halau saja dari bumi malaysia yang pernah bersyukur apa yang diberi kepada pelajar ipta jangan terikut-ikut ingat sekolah kamu sia siapa yang bantu dari tadika hingga keipta. kacang lupa kulit... saya dah merantau seluruh negara tapi malaysia juga pilihan saya. saya bangga anak malaysia, bagi dr ambiga balik saja india tempat kamu... jangan buat kacau tempat kami... kerakyatan pun x ada nak buat kacau tempat kami... kepada pengikut2 nya fikir2 lah kamu ada anak isteri ibu bapa perlu makan dan hidup keadaan kacau, nak jadi peminta sedekah bila negara dah hancur itu yang mau.... fikirlah guna akal waras...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan