Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Sorok dadah dalam bingkai cermin

Posted:

Sorok dadah dalam bingkai cermin

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 7 April - Pelbagai taktik untuk menyorok dadah digunakan untuk membawa bekalan itu masuk ke negara ini.

Namun, kecekapan pihak berkuasa juga harus dipuji kerana berjaya mengesan kegiatan itu yang kini menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup dadah ke Malaysia.

Terbaru, taktik seorang lelaki warga India yang cuba menyeludup masuk 12 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM480,000 yang disorok dalam bingkai cermin muka gagal setelah berjaya dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejurus tiba dari Bangalore, India pukul 2.30 pagi kelmarin.

Menurut beliau, dadah itu ditemui pada satu lapisan plastik putih di bahagian belakang bingkai cermin dan apabila dibuka terdapat serbuk putih yang disahkan dadah jenis ketamin.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

4 suspek sindiket jual bayi direman

Posted:

4 suspek sindiket jual bayi direman

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KLANG 7 April - Polis mendapat perintah tahanan reman selama enam hari terhadap empat daripada enam suspek yang ditahan berhubung pembongkaran sindiket penjualan bayi di sini semalam.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini itu diperoleh di Mahkamah Majistret Klang di sini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Empat suspek tersebut ialah tiga wanita termasuk warga Singapura yang menjadi orang tengah sindiket dan bapa kepada Lee Kelvin, salah seorang bayi yang diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, dua lagi suspek iaitu seorang wanita berasal dari Sabah yang merupakan penjaga bayi dan ibu kepada Lee Kelvin, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita beri jamin dua wanita itu kerana salah seorang iaitu wanita Sabah sedang hamil lapan bulan manakala ibu kepada Lee Kelvin pula perlu menjaga beberapa orang anaknya yang masih kecil.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan