Jumaat, 6 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Bantuan disalur ikut kemampuan

Posted: 06 Apr 2012 02:32 PM PDT

Nasional

NAJIB menyampaikan replika cek kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali (dua dari kanan) sebagai simbolik bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi peruntukan hal ehwal Islam Wilayah Persekutuan  2011/2012 di Putrajaya, semalam.

NAJIB menyampaikan replika cek kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali (dua dari kanan) sebagai simbolik bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi peruntukan hal ehwal Islam Wilayah Persekutuan 2011/2012 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat dilaksanakan mengikut kemampuan, bersesuaian dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan, bukan untuk meraih sokongan semata-mata.

Perdana Menteri berkata, bantuan secara sama rata kepada rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dilakukan selepas berjaya mentadbir kerajaan dengan baik. "Kita buat dalam lingkungan kemampuan, maknanya ada keseimbangan dalam apa yang dilakukan, seperti amal jariah dan ibadat juga, jangan pula buat sesuatu yang boleh membawa mudarat.

"Jangan pula berjanji sesuatu dan tidak mampu dilaksanakan semata-mata nak raih sokongan, sedangkan apa yang kita janjikan itu sebenarnya dalam kepala (fikiran) dah tahu ia tidak mungkin dapat dilakukan dan ini bertentangan dengan konsep wasatiyah," katanya pada program al-Kuliyyah yang diadakan di Dewan Bankuet Kompleks Seri Perdana di sini, semalam.

Program yang pertama kali diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu mengetengahkan konsep wasatiyah itu menampilkan ahli panel membabitkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Syeikh Abdul Karim Omar Fatani Al-Makki dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Selama sejam program yang disiarkan secara langsung itu dikendalikan dua perantara, Ahmad Noor Sulaiman dan Zainal Ariffin Ismail.

Perdana Menteri berkata, contoh ketara konsep wasatiyah yang dilaksanakan dalam pentadbiran terkini apabila rakyat menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk keluarga berpendapatan kurang RM3,000, RM100 untuk pelajar dan baucar buku RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata, konsep wasatiyah adalah gagasan bersifat komprehensif yang menjurus ke arah membentuk umat terbaik, bukannya hubungan sesama Islam saja malah berlaku adil kepada semua kerana itu adalah perintah Allah SWT

"Teladan terbaik adalah Nabi Muhammad SAW kerana Rasulullah menghormati agama lain, contohnya menerusi Sirah Rasulullah ada menyebut apabila jenazah agama Yahudi melintasi Baginda, Rasulullah bangun dan tunjuk hormat," katanya terharu menjadi tuan rumah untuk program al-Kuliyyah.

Shahrizat tamat tugas sebagai menteri esok

Posted: 06 Apr 2012 02:30 PM PDT

Nasional

SHAHRIZAT bersama kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada pertemuan terakhir sebelum menamatkan tugas esok.

SHAHRIZAT bersama kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada pertemuan terakhir sebelum menamatkan tugas esok.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau akan membawa memori serta legasi indah ketika bersama 'keluarga besarnya' di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas menerajuinya sejak kira-kira 11 tahun lalu.

Menteri bertaraf senator itu juga melahirkan rasa sayunya untuk meninggalkan pegawai dan kakitangannya yang disifatkan rajin, berdedikasi dan sentiasa iltizam dalam melaksanakan tugas. "Saya bertuah kerana bersama Ketua Setiausaha (Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nor), pegawai dan kakitangan kementerian yang selama ini bertugas sebagai satu keluarga, bersama saya mengharungi suka dan duka.

Saya bertuah kerana bersama Ketua Setiausaha (Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nor), pegawai dan kakitangan kementerian yang selama ini bertugas sebagai satu keluarga, bersama saya mengharungi suka dan duka. Yang pasti, saya akan membawa bersama dalam hati dan jiwa saya, memori serta legasi yang indah ketika bersama mereka. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

"Yang pasti, saya akan membawa bersama dalam hati dan jiwa saya, memori serta legasi yang indah ketika bersama mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Wanita UMNO itu juga melahirkan rasa sayang dan menghargai perkhidmatan semua kakitangan kementerian itu.

"Bila mereka menyanyikan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti tadi, saya rasa nak menitis air mata," katanya.

Sebelum itu, Shahrizat yang bakal menamatkan tugasnya sebagai menteri esok mengadakan pertemuan terakhir dengan kakitangan kementerian.
Pertemuan itu dihadiri sekitar 300 kakitangan kementerian di Dewan Perdana Nur diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Noorul Ainur ketika ditemui berkata, Shahrizat adalah menteri yang begitu disenangi semua kakitangan dan sentiasa mengambil berat mengenai mereka.

"Beliau juga mudah didekati bukan saja kakitangan malah kumpulan sasar kementerian. Amanat terakhirnya hari ini (semalam), beliau tidak mahu berlangsung dalam keadaan sedih.

"Justeru, suasana pertemuan pada hari ini (semalam) sungguh ceria dan itu yang beliau mahukan," katanya.

Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mulai 9 April 2009 selepas tewas kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan