Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dilancar

Posted:

Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dilancar

Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dilancar


Muhyiddin Yassin diiringi Dr. Maximus Ongkili menandatangani iPad sebagai gimik pelancaran Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 di Hotel Palace Of The Golden Horses, dekat Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 9 April – Kerajaan hari ini melancarkan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012), satu inisiatif penting bertujuan menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara penekanan utama SGI2012 adalah untuk meningkatkan transformasi ilmu dan pengetahuan kepada produk, proses, perkhidmatan atau penyelesaian bagi meningkatkan nilai tambah dalam setiap sektor serta memaksimumkan faedah sosioekonomi kepada seluruh rakyat.

Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bekerja keras dan komited menjana pelbagai strategi, inisiatif dan program bertujuan memberi manfaat kepada setiap rakyat agar dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.

"Pengisytiharan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional bertemakan "Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi" akan melonjakkan lagi agenda transformasi dan inovasi negara bukan sahaja dalam kalangan masyarakat bandar tetapi di peringkat akar umbi.

"Dengan menjana modal insan yang berkompetensi dan mampu menguasai bidang sains dan teknologi, Malaysia berupaya menjadi sebuah negara maju berlandaskan pembangunan kedua-dua bidang tersebut," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SGI2012 di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Melalui SGI2012, pelbagai program akan dijalankan di bawah kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sepanjang tahun ini, antaranya Karnival Sains dan Teknologi di enam zon di seluruh Malaysia yang merangkumi acara seperti bengkel, ceramah dan pertandingan sains.

Muhyiddin berkata, dalam konteks itu, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha termasuk menubuhkan sebuah Pasukan Gerak Khas Inovasi Inklusif yang diterajui MOSTI.

Pasukan itu akan memperincikan kaedah pelaksanaan inovasi inklusif secara sistematik dan berterusan bagi manfaat masyarakat akar umbi.

Katanya, kerajaan juga sedang menerajui penggubalan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi serta Akta Sains dan Peta Pandu Modal Insan Sains dan Teknologi yang merangkumi strategi mengenai kaedah terbaik meningkatkan daya saing produk keluaran tempatan dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi global.

"Saya percaya dokumen-dokumen ini akan menjadi 'blue print' kepada pengukuhan ekosistem dan persekitaran sains dan teknologi yang lebih kondusif serta membolehkan kerajaan terus menangani secara berkesan isu-isu kritikal," katanya.

Raptai akhir lancar

Posted:

Raptai akhir lancar

Raptai akhir lancar


COKMAR dan alat kebesaran diraja dibawa oleh Pegawai Istiadat Istana yang giat menjalani raptai sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 9 April - Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah hari ini berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, di sini tersusun rapi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu ini.

"Berdasarkan raptai hari ini, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai berkenaan di Istana Negara di sini.

Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lepas.

Rais selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu berkata, istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu.

Rais berkata, rakyat boleh menyaksikan upacara bersejarah itu melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain boleh ditonton di seluruh dunia melalui saluran televisyen web.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata, hampir 2,000 orang termasuk petugas Istana Negara, anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Polis Diraja Malaysia serta pelbagai unit lain bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran persiapan istiadat pertabalan itu.

"Setiap acara diatur sebaik mungkin dan kita juga mengambil langkah persediaan dengan memastikan kita ada pelan sokongan bagi setiap perkara yang dirancang," katanya kepada Bernama.

Awang Kechik berkata, selain menarik perhatian rakyat, istiadat pertabalan itu mampu menyumbang kepada peningkatan bilangan pelancong ke Istana Negara yang kini mencecah 8,000 orang sehari. - BERNAMA

Pengambilan Rela untuk diserap dalam PVR dihentikan serta-merta

Posted:

Pengambilan Rela untuk diserap dalam PVR dihentikan serta-merta

Pengambilan Rela untuk diserap dalam PVR dihentikan serta-merta

KUALA LUMPUR 9 April — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengumumkan pengambilan pegawai dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk diserapkan sebagai Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) dihentikan serta-merta.

Ini kerana jumlah pengambilan anggota PVR sudah mencukupi bagi menjalankan tugas mengawal keselamatan termasuk rondaan cegah jenayah.

"Jumlah keanggotaan unit berkenaan ketika ini sudah mencecah kuota iaitu seramai 5,000 orang, yang dianggap memadai sebagai kumpulan sokongan kepada pegawai dan anggota polis bertugas di seluruh negara," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini.

Terdahulu, Ismail menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof.

Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan PVR di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara sebagai langkah membantu polis memerangi jenayah jalanan.

Dalam pada itu, Ismail menafikan dakwaan PDRM menarik balik seragam polis yang dibekalkan kepada pegawai dan anggota Rela yang diserapkan ke PVR susulan beberapa insiden salah guna kuasa membabitkan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan