Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Muhyiddin pengerusikan mesyuarat penambahbaikan sistem pendidikan

Posted:

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat penambahbaikan sistem pendidikan

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat penambahbaikan sistem pendidikan


MUHYIDDIN Yassin ketika hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri 2012 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 3 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Exco Pelajaran Negeri bagi membincangkan dasar-dasar penambahbaikan dan sistem pendidikan negara.

Mesyuarat Menteri Pelajaran bersama Exco dan penyelaras pelajaran negeri itu bertujuan meningkatkan rangkaian kerjasama yang lebih sistematik antara kedua-dua pihak.

Antara yang dibincangkan di dalam pertemuan tertutup itu adalah dasar-dasar baru dan usaha penambahbaikan kepada dasar sedia ada, inisiatif kementerian serta prosedur dan garis panduan pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Mesyuarat yang dijadual diadakan dua tahun sekali itu juga bertujuan memastikan pelaksanaan program pendidikan di peringkat akar umbi lebih teratur dan berkesan.

Melalui mesyuarat itu, Kementerian Pelajaran dikatakan akan memberi penjelasan dan penerangan kepada Exco pelajaran negeri mengenai perancangan dan dasar-dasar baru.

Atas platform yang sama, Exco pelajaran negeri dijemput memberi pandangan terhadap usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Kejayaan NKRA bukti kemampuan pentadbiran

Posted:

Kejayaan NKRA bukti kemampuan pentadbiran

Kejayaan NKRA bukti kemampuan pentadbiran

KUALA LUMPUR 3 April - Pencapaian dalam pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membuktikan kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu menurut Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli, rakyat sewajarnya sudah jelas tentang masa depan negara jika terus diterajui Barisan Nasional (BN).

"Walaupun baru mentadbir negara dalam tempoh yang singkat, kejayaan yang ditunjukkan dalam pelbagai program transformasi memberi maksud yang besar dan jelas selari dengan gagasan 1Malaysia dibawanya iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

"Cara beliau memimpin serta mencorak negara dilihat tersusun selain banyak berlandaskan kajian sebelum satu-satu perkara diputuskan. Kita mengharapkan lebih banyak idea kreatif, praktikal dan proaktif yang membawa manfaat kepada rakyat akan direncanakan beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Jurit mengulas kemampuan kepimpinan serta pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri yang memasuki tahun ketiga hari ini.

Menurut beliau, pemerintahan yang sistematik dan mementingkan kebajikan rakyat sepatutnya menjadi pilihan sekiranya mahu negara terus mengorak langkah ke hadapan.

"Cuba bayangkan jika pemerintahan pada peringkat negeri pun sudah huru-hara, adakah mereka sanggup untuk memilih pemimpin yang sama menjadi pentadbir negara kelak.

"Saya berpendapat rakyat seharusnya jelas dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka pada masa kini dan tidak wajar jika perkara yang sama diheret ke peringkat nasional," katanya.

Laporan akaun Twitter persenda TMJ diterima

Posted:

Laporan akaun Twitter persenda TMJ diterima

Laporan akaun Twitter persenda TMJ diterima

JOHOR BAHRU 3 April - Polis hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kewujudan satu akaun laman sosial Twitter yang mempersendakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail di Balai Polis Pelangi Indah pukul 1.30 petang semalam.

Sambil menyifatkan ia perkara serius kerana melibatkan tindakan memfitnah keluarga kerabat diraja, beliau menegaskan, polis akan menjalankan siasatan sekali gus memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan.

"Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing dan walkabout di Terminal Bas Larkin Sentral di sini hari ini.

Tunku Ismail sebelum ini dalam laman Twitter miliknya @HRHJohor2 Sabtu lalu, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik akaun Twitter terbabit.

Difahamkan, satu akaun lama sosial Twitter @HRHJohor dengan menggunakan nama 'Clown Prince of Johor' telah diwujudkan, malah ia turut memaparkan gambar Tunku Ismail.

Dalam pada itu, Tunku Ismail yang kini berada di Argentina bagi menyertai pertandingan sukan polo turut memberi amaran bahawa tindakan sama akan diambil ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Bagaimanapun, tinjauan ke atas laman sosial yang menyamar itu mendapati ia telah ditutup sejak tiga hari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan