Selasa, 10 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


“Datuk Kabi” hadapi empat pertuduhan menipu

Posted:

"Datuk Kabi" hadapi empat pertuduhan menipu

"Datuk Kabi" hadapi empat pertuduhan menipu

10/04/2012 7:05pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya "Datuk Kabi" dihadapkan di dua mahkamah berasingan hari ini terhadap empat pertuduhan menipu seorang peniaga dan pengurus jualan membabitkan lebih RM27,000 empat tahun lalu.

Tertuduh, C. Kamaleshwaran, 33, yang merupakan ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan dua majistret berlainan.

Di Mahkamah Majistret Ampang di sini, Kamaleshwaran didakwa terhadap tiga pertuduhan menipu peniaga, Napizah Mohamed Nor Piah, 35, dengan memberi tiga keping cek, masing-masing bernilai RM5,000 yang tidak boleh ditunaikan di No 60, Taman TAR, di sini pada 4 petang 18 April 2008.

Majistret Zulyana Zoolkapli membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 dan 22 Jun depan untuk perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Dalam masa sama, Kamaleshwaran dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dekat sini terhadap pertuduhan menipu pengurus jualan, Arlene Helena Dason, 40, membabitkan cek bernilai RM12,190 dengan memberhentikan pembayaran ke atas cek itu yang kononnya dikemukakan bagi bayaran tempahan dewan untuk majlis hari jadi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu Eastin Hotel, No 13, Jalan 16/11, Pusat Dagangan Seksyen 16, Petaling Jaya dekat sini pada 5 petang, 10 Okt 2008.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan atau didenda jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan kes. — BERNAMA

Airbus Military A400M lawat Malaysia

Posted:

Airbus Military A400M lawat Malaysia

Airbus Military A400M lawat Malaysia

10/04/2012 7:03pm

KUALA LUMPUR — Pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, akan melawat Malaysia selama empat hari bermula Sabtu ini.

Menurut satu kenyataan Airbus Military, Malaysia adalah hentian pertama dan paling lama dalam lawatan sulung pesawat itu ke Asia dari 14 hingga 20 April.

"Melalui lawatan itu, buat pertama kalinya A400M dapat dilihat di Asia dan akan memberi kesempatan kepada kerajaan dan Tentera Udara Diraja Malaysia untuk melihatnya secara langsung," menurut kenyataan itu.

Menurut Airbus Military, kerajaan Malaysia menempah empat buah pesawat berkenaan selain beberapa negara lain yang telah berbuat demikian lebih awal seperti Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.

Selepas Malaysia, lawatan A400M itu diteruskan ke Jakarta, Indonesia serta Chiang Mai dan Bangkok di Thailand sebelum pulang ke Eropah.

Lawatan itu akan memperkenalkan Grizzly 4 iaitu satu daripada lima model pesawat berkenaan.

Airbus Military adalah pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil yang membentuk, mengeluar, menjual dan menyediakan khidmat sokongan untuk barisan menyeluruh pesawat pengangkut udara mencakupi bebanan tiga hingga 45 tan.

Ia merupakan anak syarikat pembuat pesawat terkemuka, Airbus. — BERNAMA

Klinik CC1M Karangan yang pertama di Kedah

Posted:

Klinik CC1M Karangan yang pertama di Kedah

Klinik CC1M Karangan yang pertama di Kedah

10/04/2012 7:01pm

KULIM — Klinik Rawat dan Prihatin 1Malaysia (CC1M) di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan mula beroperasi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Karangan, dekat sini Mei ini.

Ia merupakan klinik pertama seumpama itu di Kedah yang menyediakan perkhidmatan rawatan penagih dadah yang boleh diakses oleh semua pelanggan dalam sebuah masyarakat melibatkan klien, keluarga dan majikan.

Pengarahnya, Mohammad Nazir Mustaffa berkata, dalam program itu seseorang penagih atau keluarga berkaitan boleh terus datang ke klinik CC1M tanpa bantuan pihak lain termasuk penguat kuasa atau polis bagi mendapatkan rawatan.

"Kriteria kemasukan tertakluk kepada klien datang sendiri secara sukarela, dirujuk oleh pihak ketiga, ibu bapa, pasangan, majikan atau pihak ketiga relevan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah 20 Anggota Polis Bantuan AADK, di Puspen Karangan, dekat sini hari ini.

Katanya, peruntukan dan pelbagai kemudahan berhubung operasi klinik itu telah diluluskan dengan seorang Pembantu Perubatan (MA) tetap dan kakitangan terlatih akan ditempatkan di klinik berkenaan.

Jelas beliau, klinik CC1M pertama diwujudkan di Sungai Besi (Julai 2010), kedua di Bukit Mertajam (Oktober 2010) dan di Karangan merupakan yang ketiga di negara ini.

Beliau menjangka lebih 100 pesakit akan mengunjungi klinik itu dalam tempoh sebulan pertama beroperasi dan kerajaan dijangka akan membelanjakan RM15 kepada setiap kes yang dirawat. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan