Selasa, 10 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Cadangan hapus PTPTN sikap tidak bertanggungjawab pembangkang: Muhyiddin

Posted: 09 Apr 2012 05:30 AM PDT

Mutakhir

BANGI: Cadangan pembangkang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan hanya menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.

"Bercakap memang mudah sebab dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab. "Mereka yang berhutang dengan PTPTN mungkin suka, tapi ini akan menyebabkan masalah besar...jangan fikir keuntungan jangka pendek sahaja," katanya di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, sedangkan janji yang diberikan pembangkang ketika pilihan raya lalu pun masih banyak belum ditunaikan.

Mengulas kenyataan Anwar dalam satu laporan portal bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata, apa yang penting ialah apa pendapat rakyat mengenai pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu.

"Apa yang mustahak sekarang ialah apa rakyat di Selangor fikirkan, apa yang mereka fikirkan mengenai kerajaan negeri sedia ada, adakah mereka berpuas hati," katanya.
Muhyiddin berkata, BN sedar akan berdepan cabaran besar di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah.

Beliau berkata, BN tahu yang dimahukan oleh rakyat Selangor dan menurutnya mereka adalah pemilih yang dipentingkan oleh BN. - BERNAMA

Ismail Haron meninggal dunia

Posted: 09 Apr 2012 04:06 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura yang popular di negara ini sekitar tahun 70-an, Ismail Haron, 66, meninggal dalam tidur di kediaman kakaknya, Hamidah di Jurong West, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ismail yang masih solo mula memancing perhatian peminat muzik sejak akhir 1960-an dengan beberapa dendangan popular termasuk Ilham Pujangga selain menjadi rakan duet Anita Sarawak membawakan lagu versi saduran seperti La Au Be dan Mustafa.

Pada zaman kegemilangannya, anak seni yang bakal meraikan ulang tahun ke-66, 13 Mei ini mengambil keputusan berhijrah ke Australia pada awal 70-an dan hanya kembali ke tanah air sekitar 2000. Pengurusnya, Maria Sata ketika mengesahkannya berkata, kali terakhir Ismail mengadakan persembahan di Singapura pada 2011 manakala di Malaysia pula kunjungan terakhir kira-kira dua tahun lalu ketika diundang menjayakan Konsert DiRaja di Kuala Perlis.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan