Isnin, 9 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Dua maut bila motosikal mereka berlanggar

Posted:

Dua maut bila motosikal mereka berlanggar

Dua maut bila motosikal mereka berlanggar

09/04/2012 6:51pm

BUKIT MERTAJAM – Dua penunggang motosikal maut apabila motosikal yang mereka tunggang berlanggar depan Pasar Awam Penanti, di sini semalam.

Pegawai Trafik Seberang Perai Tengah, ASP S. Manoharan berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 10.10 malam apabila motosikal yang ditunggang Mohd Tarmizi Wahab, 26, masuk ke laluan sebelah dan bertembung dengan motosikal Muhammad Ishaizal Ishak, 24, dari arah bertentangan.

"Semasa kejadian Mohd Tarmizi sedang menunggang motosikal dari arah Kubang Semang menuju Guar Perahu dan dipercayai dia telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhammad Ishaizal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua-dua lelaki yang berasal dari Penanti dan Mengkuang Titi itu mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Katanya mayat mereka dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing. – BERNAMA

29 kes baru HFMD dilapor di Sarawak hari ini

Posted:

29 kes baru HFMD dilapor di Sarawak hari ini

29 kes baru HFMD dilapor di Sarawak hari ini

09/04/2012 6:50pm

KUCHING – Sebanyak 29 kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhan 4,452 kes dilaporkan setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zulkifli Jantan.

Beliau berkata, bilangan kes baru hari ini sama seperti semalam dengan Sri Aman mencatat 11 kes, Kuching (sembilan), Mukah (tiga), Bintulu, Limbang, Miri, Sibu, Sarikei dan Kapit (masing-masing 1).

"Hanya Samarahan dan Betong dilaporkan tiada kes baru hari ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Jumlah mereka yang dimasukkan ke wad setakat ini sebanyak 353 kes selepas empat kes baru yang dimasukkan ke wad membabitkan tiga di Miri dan satu di Kapit, direkodkan hari ini.

Bagaimanapun tiada satupun daripada kes baru itu dikategorikan serius, katanya. – BERNAMA

4 didakwa samun bekas pengarah JKR dan anak

Posted:

4 didakwa samun bekas pengarah JKR dan anak

4 didakwa samun bekas pengarah JKR dan anak

09/04/2012 5:31pm

PETALING JAYA – Tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Myanmar didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyamun secara berkumpulan terhadap bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan anaknya di Petaling Jaya, bulan lepas.

Y. Ramani, 34; S. Elangeswaran, 35; M. Saravanan, 33; dan warga Myanmar, Sultan Ahmed Sidik, 25, didakwa menyamun dengan menggunakan sebilah parang terhadap Datuk P. Srinivasan, 78, dengan merampas dua telefon bimbit, wang tunai RM1,000 dan dompet yang mengandungi antaranya kad pengenalan dan kad pesara.

Ramani, Elangeswaran dan Saravanan, yang kesemuanya penganggur, dan Sultan Ahmed Sidek, seorang pemotong rumput, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin tempatan.

Di mahkamah berlainan, mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyamun anak bekas pengarah JKR itu, Ditter Shanti Louise Srinivasan, 45, warga Australia, dengan merampas dua telefon bimbit, wang tunai 200 dolar Australia, kamera digital, cincin dan seutas rantai emas.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 23 April untuk sebutan kes dan membenarkan ketiga-tiga lelaki tempatan itu dikekalkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala warga Myanmar itu dinaikkan kepada RM12,000.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah No 55, Jalan 17/3, Seksyen 17, Petaling Jaya, pada 2.45 pagi, 27 Mac lepas. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan