Isnin, 9 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Ekonomi boleh lumpuh

Posted: 08 Apr 2012 12:18 PM PDT

Keyakinan pelabur terjejas
  • PETRONAS boleh 'ranap'
  • Wang khusus untuk pembangunan
  • Berdasarkan pengalaman mengurus IPTS serta IPTA, saya boleh nampak pentingnya pelajar membayar sebahagian daripada kos pengajian kerana mereka akan lebih bertanggungjawab dan bekerja kuat untuk mencapai kecemerlangan. Lebih-lebih lagi jika gagal di IPTS, mereka akan 'sakit'. Namun jika percuma sepenuhnya, mereka tidak menghadapi tekanan untuk cemerlang. - Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

    KUALA LUMPUR: Cadangan pembangkang menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), termasuk menggunakan wang Petronas, bakal melumpuhkan ekonomi dan menjejaskan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negara.

    Amaran itu diberikan pakar ekonomi dan ahli akademik kerana wang yang dikatakan akan digunakan untuk menyelesaikan pinjaman itu sepatutnya disalurkan kepada projek pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

    Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan wang Petronas membiayai pendidikan negara bukan saja tidak praktikal, malah akan meranapkan syarikat minyak negara.

    "Cadangan pembangkang itu akan menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap negara ini kerana dasar ekonomi yang tidak konsisten apabila tiba-tiba pinjaman itu dilupuskan dengan mudah dan kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan lain menanggung hutang berkenaan, sehingga mengorbankan projek pembangunan lain yang lebih penting.
    "Jika kita meminjam, kita perlu memulangkannya dan jangan terlalu berharap pada subsidi kerana amalan bergantung kepada subsidi akan hanya menyebabkan rakyat menjadi kurang produktif," katanya sambil mencadangkan supaya Petronas membentangkan laporan kewangan bagi memastikan tiada pihak boleh memutarbelitkan fakta sebenar.

    Anwar dalam beberapa siri ceramah politiknya sebelum ini menyatakan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun dengan pemotongan perbelanjaan yang membazir dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

    Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah, berkata jika benar Anwar mahu menyediakan pengajian percuma serta menyediakan duit poket untuk pelajar, mengapa pembangkang tidak memulakannya di Universiti Selangor (UNISEL).

    "UNISEL yang di bawah kerajaan pembangkang turut naikkan harga yuran dan pelajar Melayu kita terpaksa keluar. Saya difahamkan, yuran pengajian di situ antara yang mahal sedangkan kualiti pengajian merosot.

    "Anwar sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak mampu mengotakan kata-katanya di UNISEL apatah lagi ingin melaksanakannya ke seluruh negara. Jadi siapa sebenarnya yang menipu rakyat," katanya yang menjelaskan UiTM sehingga kini kekal antara pusat pengajian yang mengenakan yuran termurah selain pelajar miskin diberi bantuan.

    Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan Anwar kerana jelas sudah tidak relevan kerana negara maju seperti Australia dan England juga menanggung yuran pengajian masing-masing.

    Beliau berpendapat cadangan itu tidak betul berdasarkan pengalamannya menerajui institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selama 12 tahun, termasuk 11 tahun sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Universiti Multimedia (MMU), dan empat tahun berkhidmat di UM setakat ini.

    "Berdasarkan pengalaman mengurus IPTS serta IPTA, saya boleh nampak pentingnya pelajar membayar sebahagian daripada kos pengajian kerana mereka akan lebih bertanggungjawab dan bekerja kuat untuk mencapai kecemerlangan.

    "Lebih-lebih lagi jika gagal di IPTS, mereka akan `sakit'. Namun jika percuma sepenuhnya, mereka tidak menghadapi tekanan untuk cemerlang. Pendidikan percuma yang disediakan kerajaan pada peringkat sekolah rendah dan menengah, sudah dikira kemudahan istimewa," katanya.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    pikiak-pikiak

    UnWar itu pandai ckp jer...ye tk ye jg kan.knpa dia tk mulakan kat sgor dulu...? Dulu Menteri Kewangan pun tk dpt nk settle ekonomi

    Faziah

    Betul kata Tan Sri Ghauth tu...bukan mudah utk mencapai kecemerlangan.

    Malaysian, Peminjam PTPTN & proud of it

    Kalau diikut cadangan DSAI, agaknya apa yang akan terjadi kepada negara. Kalau nak maju, jangan asyik fikir tentang jangkamasa pendek, tetapi fikirkan tentang jangkamasa panjang. Kalau kita rasa ada kerajaan yang menipu rakyat, agaknya kalau DSAI dan ahli2nya menjadi orang kerajaan, mereka tak akan menipu kah? Kenapa semasa era Tun Mahathir tiada kacau seperti ini? Cuba kaji dari awal apa niat sebenar parti pembangkang ini, betulkah untuk kesejahteraan rakyat, atau cuma untuk mereka? Kalau Malaysia tiada dana, tiada pelabur, agak-agak, senang tak pihak luar nak ceroboh Malaysia sekali lagi? Cukuplah dengan budaya luar yang menular di dalam Malaysia, jangan sampai kita dijajah lagi.

    p/s: sokong Suhaimi, roney hai, Sila Fikir, aman dan din. Soon, kalau tak dapat hapuskan, kurangkan sedikit pun ok kot...

    zaini

    pembangkang memang begitulah... boleh berjanji apa sahaja, yang penting nilalah apa yang dijanji bolehkah ditunaikan... tak payahlah nak layan pembangkang ni, tujuan mereka sekarang pandai mereka cipta janji pelbagai janji, dan saya rasa elok mereka-mereka tu cipta lagu jodol " aku berjanji" mana tahu boleh meletup dipasaran.....haa haa..!

    din

    Kehidupan dan keamanan yang sedia ada perlu di kecapi untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh rakyat malaysia.. kekalkan keamanan dan kemudahan yang sedia ada demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

    soon

    di harap kerajaan dapat menghapuskan kadar faedah kepada para peminjam. itu pun dah memadai

    dazrul

    Orang-orang Cina tidak kisah berhabisan nak hantar anak mereka ke kolej atau universiti ternama dan berprestij di dalam atau luar negara. Kita boleh bagi free tapi dalam bentuk biasiswa la. Untuk anak-anak orang miskin yang cemerlang dalam pelajaran. Yang sederhana pula kita boleh pertimbangkan melalui zakat. Di mana separuh ditanggung melalui zakat, separuh melalui PTPTN. Kerajaan juga patut cuba mengurangkan kadar yuran pengajian untuk mengelakkan rakyat terbeban dengan hutang yang tinggi selepas tamat pengajian. PTPTN juga harus panjang akal dengan tidak menyaman peminjam yang belum mendapat pekerjaan.

    aman

    anwar akan menjanjikan apa saja yg dia rasa mampu menarik perhatian rakyat supaya menjadikannya PM walaupun dia tahu janji itu tak mampu ditunaikan, apabila dah jadi PM dia akan mencipta pelbagai alasan kenapa negara tak dpt tunaikan janji. rakyat perlu menilai dgn rasional bukan dgn emosiaonal. betapa banyak kerosakan yg telah dia lakukan terhadapa keharmonian negara malaysia. fikirlah dgn waras..

    Sila Fikir

    Maaf ye, hanya orang yang BERAKAL PENDEK je yg minta habus PTPTN ni. Muka geng SMM pon muka2 drop-out U je.

    roney hai

    janji memang mudah... lidah tidak bertulang cakap apa saja.... dah dapat... abuk pun tak ada....di Selangor apa jadi????? dalam Al Quran ada menyebut.... janji orang fasik dan munafik kena berhati-hati.....

    Suhaimi

    Kerajaan dah bantu,kita patut bayar balik pinjaman tersebut untuk anak bangsa yang lain pula untuk belajar,semua wang itu rakyaat yg punya jd kita hargailah,jgn terpengaruh dgn janji Anwar penipu bangsa melayu,ia janji utk jd PM,negara muflis nanti dia ada duit boleh lari ke Amerika,kita juga yg tinggal...ingat rakyaat semua kalau sayang Malaysia.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan