Ahad, 8 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


70 pemain muda jalani latihan di Cardiff City

Posted:

70 pemain muda jalani latihan di Cardiff City

70 pemain muda jalani latihan di Cardiff City

08/04/2012 6:29pm

SUNGAI BULOH — Seramai 70 pemain muda termasuk 50 orang dari Rancangan Tanah Felda akan menjalani latihan di bawah program pembangunan kelab bola sepak Cardiff City.

Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City (CCFC), Datuk Chan Tien Ghee berkata, seramai antara 20 hingga 24 pemain berbakat akan dipilih daripada kejohanan bawah 12, bawah 14 dan bawah 16 tahun Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC).

Beliau berkata, 50 pemain dari Tanah Rancangan Felda akan ditaja sepenuhnya oleh Felda.

"Kita mahu mereka mendapat pengalaman profesional dari usia 12 tahun. Ini yang kita mahukan bagi memastikan kita mendapat program yang sesuai dan tidak membazir wang dan masa kerajaan.

"Pemilihan berdasarkan kebolehan dan semangat mereka untuk belajar. Mereka akan menjalani latihan selama dua minggu (di Wales). Kita akan mengumumkan tarikh dan masa latihan yang ditetapkan kemudiannya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Liga 1MCC oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di sini hari ini.

Lebih 80 pasukan beserta lebih 2,000 pemain menyertai Liga 1MCC 2012 yang bermula bulan lepas hingga Disember ini pada setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang di padang RRI.— BERNAMA

Nelayan ditemui lemas di Kuala Perlis

Posted:

Nelayan ditemui lemas di Kuala Perlis

Nelayan ditemui lemas di Kuala Perlis

08/04/2012 6:23pm

KANGAR — Mayat seorang nelayan, Herwan Che Din, 29, yang jatuh ke dalam laut ketika keluar mengkap ikan awal pagi semalam ditemui hari ini tidak jauh daripada pantai Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mangsa disedari hilang oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 1 pagi semalam dan polis yang menerima laporan kejadian itu pukul 11 pagi semalam melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 0.3 batu nautika dari pantai kira-kira pukul 1.30 petang tadi dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Abdul Rahman berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Abang mangsa, Shahimi Che Din, 41, berkata, dia dan mangsa keluar menangkap ikan menggunakan bot secara berasingan pukul 5 petang Jumaat lalu berhampiran Pulau Brasmana.

Katanya, selepas beberapa jam berada di perairan berhampiran pulau itu, beliau dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dari botnya.—BERNAMA

Haramkan makan telur penyu di seluruh negara

Posted:

Haramkan makan telur penyu di seluruh negara

Haramkan makan telur penyu di seluruh negara

08/04/2012 4:47pm

KUALA TERENGGANU — Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata, sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.

"WWF bimbang seandainya kerajaan lewat mengharamkannya, penyu mungkin akan pupus kerana jumlah pendaratan empat spesis penyu iaitu penyu belimbing, penyu karah, penyu agar dan penyu lipas di perairan pantai Terengganu semakin berkurangan.

"Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja sudah diharamkan, namun WWF mahu pengharaman memakan telur penyu ini meliputi semua spesis," katanya

Malah, ia menjadi bualan mulut di kalangan pelancong yang teringin merasai telur penyu itu supaya datang ke Terengganu kerana ia boleh dibeli dengan mudah, berbanding Sabah atau Sarawak kerana kedua-dua negeri itu telah mengharamkan penjualan dan memakan telur penyu.

Rahayu turut meminta pihak berkuasa agama Islam supaya mencari nas atau dalil yang sahih untuk mengharamkan manusia memakan telur penyu dari pelbagai aspek.

"Saya pernah berjumpa seorang imam yang mengatakan haram untuk manusia makan telur penyu kerana kita tahu haiwan itu sangat kritikal dan boleh pupus bila-bila masa."— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan