Sabtu, 7 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki maut kereta bertembung bas

Posted:

Lelaki maut kereta bertembung bas

Lelaki maut kereta bertembung bas

07/04/2012 6:58pm

KUANTAN - Seorang pembantu kedai makan maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 37 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating di sini.

Dalam nahas yang berlaku pada pukul 2 pagi itu, Ahmad Azizi Mohd, 30, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas sebelum bertembung dengan bas persiaran itu yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa ketika itu dalam perjalanan dari arah Kuantan, menuju ke rumahnya di Kemaman.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - BERNAMA

Tekong terjun laut selamatkan diri

Posted:

Tekong terjun laut selamatkan diri

Tekong terjun laut selamatkan diri

07/04/2012 6:04pm

JOHOR BAHRU - Seorang tekong bot dan pembantunya nekad terjun ke dalam laut ketika bot bergerak pantas bagi mengelakkan diri ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana menyeludup manusia awal hari ini.

Tindakan itu diambil selepas usaha menghalang bot APMM daripada mengejar mereka dengan membuang beg-beg pakaian dan barangan lain milik 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang mereka seludup, gagal.

Kejadian yang berlaku di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi pada kira-kira pukul 12.40 pagi itu telah menyebabkan pendatang terbabit kerugian kerana ada beg yang dibuang mengandungi wang tunai.

"Anggota kita terpaksa melompat ke dalam bot tersebut untuk menghentikannya," kata Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan dalam satu kenyataan di sini.

Pemeriksaan APMM mendapati pendatang tanpa izin itu berusia antara setahun hingga 43 tahun, termasuk empat perempuan dewasa dan dua kanak-kanak.

Katanya, APMM masih berusaha mengesan tekong dan pembantunya yang masih hilang. - BERNAMA

Reman suspek kes dera amah disambung

Posted:

Reman suspek kes dera amah disambung

Reman suspek kes dera amah disambung

07/04/2012 6:00pm

BUKIT MERTAJAM Polis menyambung reman ke atas lima orang termasuk dua wanita yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang amah warganegara Kemboja yang ditemui mati dipercayai didera majikannya di Taman Asas Murni di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pasangan suami isteri dan tiga pekerjanya yang tamat reman hari ini disambung reman seminggu lagi bagi melengkapkan siasatan.

"Pasangan suami isteri dan tiga pekerja kedai menjual alat pertukangan berusia 30 hingga 40 tahun itu kini disambung reman bagi kita melengkapkan siasatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, polis menemui mayat Mey Sichan, 24, di atas sebuah katil dalam sebuah stor barang di premis berkenaan.

Siasatan awal polis turut menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan selain luka di telinga dan kaki mangsa serta lebam di badannya.

Berat badan mangsa didapati susut mendadak daripada berat badan normal kepada 26 kilogram kerana dipercayai tidak diberi makan oleh majikannya.

Di samping itu hasil bedah siasat juga menunjukkan mangsa mengalami ulser dan usus perutnya pecah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan